Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo kekal sebagai syarikat telefon pintar No.2 di Malaysia

Oppo Malaysia Canalys Report

Oppo kekal sebagai syarikat telefon pintar No.2 di Malaysia

Oppo Malaysia telah mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai pengeluar telefon pintar No.2 di Malaysia walaupun pertumbuhan pasaran pada suku ke-2 2019 merudum 15%.

Laporan daripada Canalys mengesahkan bahawa Oppo kekal di tangga ke-2 pengeluar telefon pintar terbaik di Malaysia dengan 20% iaitu peningkatan sebanyak 27% berbanding suku ke-2 tahun 2018.

Ini merupakan kali ke-4 berturut-turut Oppo ditangga ke-2 iaitu sejaka suku ke-3 tahun 2018.

Selain itu, Samsung masih kekal di tangga pertama dengan 27% pegangan pasaran Malaysia namun telah jatuh hampir 35% berbanding suku ke-2 2018.

Tangga ketiga syarikat telefon pintar terbaik di Malaysia disandang oleh Vivo dengan 16% iaitu peningkatan sebanyak 11% berbanding suku ke-2 2018.

Tangga keempat dan kelima di sandang oleh Huawei dan Xiaomi masing-masing dengan 12% dan 10% pegangan pasaran.

Selain itu, Oppo juga telah mengukuhkan kedudukan pertama di pasaran Indonesia dengan 26% iaitu peningkatan sebanyak 54% berbanding suku ke-2 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.