Oppo A53 dilancarkan secara rasmi – reka bentuk premium
Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai Oppo A53 yang kini telah disenaraikan di laman sesawang rasmi syarikat itu di China.
Oppo A53 adalah satu lagi model kelas pertengahan dan Oppo dilihat mahu menguasai pasaran kelas pertengahan yang dilihat lebih terbuka dan mempunyai potensi yang baik terutamanya di pasaran China.
Walaupun hadir dengan sebagai model kelas pertengahan, Oppo telah menyiapkan model A53 ini dengan reka bentuk yang baik iaitu dengan berasaskan keluli dan gelas 2.5D pada bahagian hadapan. Reka bentuk ini dilihat seperti diwarisi daripada model Oppo didalam siri R7
Dari segi spesifikasi pula, Oppo A53 hadir dengan skrin paparan IPS 720p berukuran 5.5-inci yang memberikan kepadatan piksel 267ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 615, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, sokongan 4G LTE dan sokongan dwi SIM (Nano SIM dan Micro SIM).
Beralih kepada kamera yang dimiliki oleh Oppo A53 ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP dengan flash LED manakala kamera selfie adalah 5MP.
Selain itu, Oppo A53 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,075mAh, Android 5.1 Lollipop yang disertakan dengan Color OS 2.1 dan berdasarkan maklumat pada laman sesawang Oppo, tiada sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC bagi model ini.
Harga penjualan dan tarikh penjualan bagi Oppo A53 ini masih belum dikeluarkan dan tiada juga sebarang kepastian samada model ini akan ditawarkan dipasaran luar China.