Vivo V15 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,799 dan percuma Dron DJI
Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka ke pasaran tempatan iaitu Vivo 15 Pro.
Vivo V15 Pro adalah telefon pintar terbaru Vivo untuk hadir dengan teknologi kamera selfie popup yang diperkenalkan buat pertama kali melalui telefon pintar Vivo NEX namun kamera yang dimiliki oleh Vivo V15 Pro adalah lebih baik dari Vivo NEX.
Vivo V15 Pro hadir dengan skrin paparan the Ultra FullView Super AMOLED berukuran 6.3-inci dengab nisbah skrin kepada badan 91.64%, pemproses Qualcomm Snapdragon 675, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Bercakap mengenai kamera selfie pop-up Vivo V15 Pro ini, ianya adalah sensor 32MP berbanding sensor 8MP yang digunakan pada NEX manakala pada bahagian belakang, terdapat sensor kamera utama 48MP, satu sensor lensa lebar 8MP dengan FOV sehingga 120 darjah dan kamera depth 5MP yang turut mempunyai sokongan tambahan seperti AI Body Shaping.
Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang kini memasuki generasi ke-5, UI Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie selain mod game yang dikenali sebagai Game Mode 5.0 yang meningkatkan prestasi ketika permainan video.
Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang hadir dengan pengecasan pantas ‘dual enginge’ yang memberikan kadar pengecasan dari 0% ke 24% didalam masa 15 minit sahaja ( pengecasan masih melalui slot MicroUSB).
Vivo V15 Pro yang hadir dengan reka bentuk Spectrum Ripple Design ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru topaz dan merah koral dengan harga penjualan RM 1,799.
Tempahan akan dibuka mulai hari ini sehingga 1 Mac 2019 roadshow pada lokasi tertentu, kedai konsep Vivo, wakil dan rakan penjual sah Vivo di seluruh negara (percuma tripod octopus, set kepada Bluetooth dan perlindungan skrin percuma untuk 6 bulan).
Tempah secara online melalui stor atas talian rasmi Vivo Malaysia (percuma beg galas Vivo dan kotak hadiah Vivo)
Lebih menarik, pada 2 Mac ini, Vivo akan mengadakan penjualan khas V15 Pro Superday Sale di Sunway Pyramid (Blue Concourse) dimana pembeli terawal akan menerima satu unit Dron DJI Tello secara percuma (sementara stok masih ada) dan kotak hadiah premium Vivo.