Vivo APEX 2019 akan dilancarkan pada 24 Januari 2019
Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru mereka akan dikenali sebagai APEX 2019 dan pelancaran telefon pintar ini telah disahkan akan berlangsung pada 24 Januari ini.
Menyentuh sedikit mengenai Vivo APEX, pada tahun 2018, syarikat ini telah memperkenalkan generasi pertama Vivo APEX dan ianya telah memasuki pasaran Malaysia dibawah nama Vivo NEX dengan harga penjualan RM 2,799.
Daripada gambar teaser yang dimuat turun di laman Facebook Vivo, tidak banyak maklumat Vivo APEX 2019 ini diketahui namun ianya mungkin hadir dengan mekanisma kamera tersembunyi selain skrin paparan dengan nisbah badan kepada skrin yang lebih tinggi.
Selain itu, gelombang ditengah skrin mungkin memberikan petunjuk bahawa Vivo APEX 2019 akan hadir dengan teknologi sensor capjari terbina pada skrin yang lebih maju dengan ruang pengesanan yang lebih luas dan pantas.
Selain itu, Vivo APEX 2019 dijangka akan hadir dengan pemproses kelas flagship terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 855 dengan kapasiti RAM sekitar 8-10GB.
Walaupun pelancaran Vivo APEX 2019 ini akan berlangsung pada 24 Januari ini, ianya mungkin merujuk kepada pelancaran model prototaip yang akan menjadi telefon pintar kelas flagship Vivo bagi tahun 2019.
Apa pun, Vivo APEX 2019 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.