Perbezaan antara Asus ZenFone Max Pro M1 versi 3GB dan 6GB RAM
Telefon pintar Asus ZenFone Max Pro M1 yang memasuki pasaran Malaysia pada penghujung bulan Mei yang lalu adalah telefon pintar yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya dengan reputasi sebagai telefon pintar paling berkuasa pada tahap harga ini.
Asus ZenFone Max Pro M1 hadir dengan harga penjualan yang amat kompetitif iaitu dari RM 599 dan jika anda mahupun peranti yang menawarkan prestasi yang lebih tinggi dan kamera yang lebih baik, Asus turut menawarkan versi 6GB RAM yang turut memiliki memori simpanan dalaman 64GB.
Berikut adalah perbezaan antara Asus ZenFone Max Pro M1 versi 3GB dengan 6GB.
Dua kali ganda RAM dan dua kali ganda Storan Dalaman
Jika anda menggunakan peranti Apple, RAM bukanlah sesuatu yang akan mempengaruhi prestasi telefon pintar anda, namun apabila bercakap mengenai peranti Android, lain pula ceritanya.
RAM yang lebih besar memastikan peranti anda menawarkan prestasi yang lebih baik tanpa sebarang isu yang menyebabkan ‘lag’.
Selain itu, 6GB RAM yang ditawarkan pada ZenFone Max Pro M1 ini juga membolehkan anda melakukan ‘multi-tasking’ dengan lebih lancar tanpa sebarang isu yang tidak diingini.
Kapasiti storan dalaman juga adalah aspek yang penting sebelum anda membeli telefon pintar. Secara jujurnya 32GB kapasiti memori dalaman adalah tidak mencukupi memandangkan anda hanya boleh mengkases 20+GB storan dengan selebihnya disimpan untuk menyimpan fail-fail sistem operasi.
Dengan 64GB memori simpanan dalaman, anda tidak perlu memikirkan untuk memadamkan apa-apa gambar, video, multimedia dan aplikasi bagi mengosongkan ruang simpanan peranti anda.
Ujian AnTutu antara kedua-dua peranti ini memberikan kita bukti bahawa prestasi Asus ZenFone Max Pro M1 versi 6GB adalah lebih baik dengan 114476 mata manakala versi 3GB RAM hanya memperoleh 111434 mata.
Prestasi
Dengan kapasiti RAM yang lebih besar, perbezaan kedua-dua telefon pintar ini adalah lebih kepada prestasi pemprosesan dan kelancaran peranti melakukan lebih banyak operasi pada waktu yang serentak.
Secara kasarnya anda tidak dapat membezakan antara kedua versi ZenFone Max Pro M1 ini walaupun anda melakukan ujian ‘benchmark’.
Apa pun dengan dua kali ganda RAM, anda boleh menyimpan lebih banyak aplikasi dilatar belakang tanpa perlu sering melakukan ‘pembersihan’ aplikasi untuk memastikan peranti anda sentiasa mempunyai prestasi yang optimum.
Kamera
Antara perbezaan paling ketara antara kedua-dua peranti ini adalah dibahagian kamera.
Di atas kertas Asus ZenFone Max Pro M1 versi 6GB RAM ini hadir dengan dwi-kamera 16MP + 5MP yang mempunyai aperture yang sama seperti ZenFone Max Pro versi 3GB RAM iaitu f/2.2 dan f/2.4.
Harus kami beritahu bahawa versi 3GB hadir dengan kombinasi 13MP + 5MP yang mana pretasi kameranya boleh diberikan pujian khususnya apabila percahayaan baik.
Dengan sensor kamera utama 16MP, adalah wajar untuk kita berfikir bahawa hasil gambar pada versi ZenFone Max Pro M1 yang lebih mahal ini akqn lebih baik, namun kami merasakan tidak banyak perbezaan yang memberikan justifikasi untuk anda memilih versi 6GB RAM ini.
Gambar yang diambil melalui Asus ZenFone Max Pro M1 yang memiliki 16GB adalah lebih terang namun apabila mengambil gambar pada waktu malam tidak banyak perbezaan yang boleh dilihat.
Kamera selfie Asus ZenFone Max Pro M1 3GB adalah unit kamera 8MP yang memiliki apeture f/2.4 manakala Asus ZenFone Max Pro M1 versi 6GB pula memiliki sensor 16MP.
Gambar Selfie yang diambil melalui sensor 16MP adalah lebih cerah dan teliti.
Sensor kamera 16MP juga mampu mengambil gambar portrait yang lebih baik berbanding versi ZenFone Max Pro M1 3GB yang hanya memiliki sensor 8MP.
Gambar yang diambil melalui Asus ZenFone Max Pro M1 6GB dibandingkan dengan ZenFone Max Pro M1 3GB
Selain daripada tiga perbezaan yang kami berikan ini, anda tidak dapat membezakan kedua-dua ZenFone Max Pro M1 ini dan ulasan kami mengenai aspek lain yang dimiliki kedua-dua model ini boleh anda baca di SiNi.
Asus ZenFone Max Pro M1 versi 6GB RAM dengan 64GB memori simpanan dalaman boleh dibeli melalui Lazada Malaysia dengan harga penjualan RM 999 ( harga diatas untuk model dengan kapasiti 3GB/32GB dan 4GB/64GB)
Dengan perbezaan sekitar RM 250-300, kami mengesyorkan anda memilih Asus ZenFone Max Pro M1 versi 6GB RAM sebagai versi yang patut anda beli sekiranya anda mahu memiliki salah satu model telefon pintar mampu milik terbaik dipasaran.