Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tontoni Semua Siaran Astro Secara Percuma Mulai 30 Ogos Sehingga 17 September

Tontoni Semua Siaran Astro Secara Percuma Mulai 30 Ogos Sehingga 17 September 1

Penyedia siaran televisyen berbayar Astro telah mengumumkan bahawa sempena sambutan kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos ini, syarikat ini akan menawarkan tontonan kesemua rangkaian Astro secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan.

Tontonan percuma ini boleh dinikmati oleh pengguna Malaysia yang mempunyai akaun resindensi dengan Astro dan ianya juga boleh dinikmati secara mudah alih melalui Astro Go.

Sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-61 dengan slogan Sayangi Malaysia ku adalah kali pertama ianya disambut dibawah pimpinan kerajaan yang baru sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957.

Previu tontonan percuma kesemua siaran Astro ini boleh dinikmati sehingga 17 September iaitu sehingga selesai hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2018.

Walaubagaimanapun, siaran pay-per-view dan events dikecualikan daripada tontonan percuma ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.