Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga serendah RM 848

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar dibawah program Android One iaitu Mi A2 dan Mi A2 Lite yang akan memasuki pasaran antarabangsa didalam masa terdekat.

Xiaomi Mi A2 adalah peranti yang lebih premium berbanding Mi A2 Lite dan juga Mi A1 yang digantikan oleh model ini.

Xiaomi Mi A2 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.99-inci, ianya memiliki resolusi 1080 x 2160 piksel dan turut dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5. 

Xiaomi Mi A2 hadir dengan pemproses Snapdragon 660, tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/32GB, 4GB/64GB dan 6GB/128GB.

Fotografi pada Mi A2 juga dititik beratkan dan buktinya adalah dengan penawaran teknologi dwi-kamera 20MP + 12MP dibahagian belakang. Ianya adalah sensor Sony IMX376 dengan aperture f/1.75 dan sensor 12MP IMX486 dan kedua-dua sensor ini adalah sensor kamera RGB.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Mi A2 memiliki sensor 20MP IMX376 yang turut ditawarkan dengan flash LED dan sokongan penggambaran AI serta HDR.

Xiaomi A2 akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan dengan plak pengecasan 10W.

Xiaomi Mi A2 akan ditawarkan didalam warna hitam, biru, merah, emas dan emas ros.

Mi A2 akan ditawarkan di 40 pasaran seluruh dunia dan ianya juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Harga penjualan Mi A2 adalah seperti berikut : 

4GB/32GB – €250 (RM 1,178)

4GB/64GB – €280 (RM 1,319)

6GB/128GB – €350 (RM 1,649)

Bercakap mengenai Mi A2 Lite pula, ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.84-inci, pemproses Snapdragon 625, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB selain bateri berkapasiti 4,000mAh.

Mi A2 Lite hadir dengan kamera utama 12MP dengan PDAF + 5MP manakala kamera selfie adalah 5MP dengan teknologi selfie bokeh.

 Mi A2 Lite akan turut memasuki pasaran pada tarikh yang sama seperti Mi A2 dengan harga penjualan seperti berikut :

3GB/32GB – €180 (RM 848)

4GB/64GB – €230 (RM 1,084)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.