Xiaomi Mi Max 3 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,034
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan phablet terbaru mereka didalam siri Max yang kini memasuki generasi ketiga.
Xiaomi Mi Max 3 adalah peranti yang memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 6.9-inci dengan nisbah 18:9.
Selain itu, Mi Max 3 hadir dengan pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 636 yang berkelajuan 1.8GHz, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB, dan bateri berkapasiti 5,500mAh.
Kebanyakkan spesifikasi Mi Max 3 adalah sama seperti Redmi Note 5 manakala reka bentuk luaran boleh dikatakan seperti Mi 6X.
Beralih kepada kamera, Mi Max 3 hadir dengan tetapan dwi-kamera 12MP f/1.9 dan PDAF bagi sensor utama manakala kamera 5MP memiliki f/2.0 khusus untuk pengambilan gambar portrait. Kamera selfie Mi Max 3 adalah 8MP.
Mi Max 3 hadir dengan MIUI 9.5 yang berasaskan Android 8.1 Oreo, Dwi VoLTE, Wi-FI 802.11ac, Bluetooth 5.0, slot USB-C dan slot audio 3.5mm.
Xiaomi Mi Max 3 ini mempunyai ukuran dimensi 176.15 x 87.4 x 7.99 mm dengan berat 221gram dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan biru.
Xiaomi Mi Max 3 mempunyai harga penjualan seperti berikut :
Mi Max 3 4GB/64GB – CNY 1,699 (RM 1,034)
Mi Max 3 6GB/128GB – CNY – 1,999 (RM 1,216)
Xiaomi Mi Max 3 dijangka akan dilancarkan ke pasaran Malaysia didalam masa terdekat.