Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dan Galaxy Tab S12+ kini rasmi

Samsung secara rasminya telah mengumumkan tablet flagship terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Tab S12 Ultra dan Galaxy Tab S12+
Kedua-dua Galaxy Tab S12 Series ini hadir dengan rekaan yang sama seperti generasi sebelum ini dengan profil yang ringan dan nipis . Chasis tablet ini diperbuat daripada Enhanced Armor Aluminum dan ianya turut memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68.
Bercakap mengenai skrin, Galaxy Tab S12 Ultra hadir dengan paparan berukuran 14.6-inci manakala Galaxy Tab S12+ pula hadir dengan panel 12.6-inci. Kedua-dua tablet ini menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz dan seamless Vision Booster.
Selain itu, S Pen dan Book Cover Keyboard bagi Galaxy Tab S12 Series ini juga disertakan secara percuma didalam kotak
Seterusnya, Galaxy Tab S12 Series ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9500 yang menawarkan peningkatan 19% pretasi CPU dan 17% pretasi GPU berbanding generasi sebelum ini. Ianya juga memiliki 12GB RAM, storan dalaman 256GB , sokongan microSD sehingga 2TB dan One UI 9 (Android 16) bersama Galaxy AI.
Menariknya, Samsung Galaxy Tab S12 Series juga hadir dengan aplikasi Abode Photoshop yang pertama kali ditawarkan pada platform Android dan pembeli terawal akan menerima 4 bulan akses percuma (full version).
Beralih kepada kamera, Galaxy Tab S12 Ultra memiliki kamera belakang 13MP + UW 8MP manakala Galaxy Tab S12+ memiliki sensor 13MP. kamera hadapan bagi kedua-dua model adalah sensor 12Mp ultrawide.
Beralih kepada bateri, Galaxy Tab S12 Ultra hadir dengan bateri 11,600mAh manakala Galaxy Tab S12+ disertakan dengan bateri 10,600mAh. Kedua-dua tablet ini menyokong pengecasan Super Fast Charging 2.0 45W.
Lain-lain spesifikasi Galaxy Tab S12 Series adalah quad-speaker, slot microSD, sokongan WiFi 7 (WiFi 6E pada model Tab S12+) dan didatangkan didalam versi 5G dan WiFi.
Samsung Galaxy Tab S12 Series akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Gray dan Silver pada harga seperti berikut :
- Galaxy Tab S12+ WiFi (12GB l 256GB) – RM 4,999 ( selepas rebat RM 4599)
- Galaxy Tab S12+ 5G (12GB l 256GB) – RM 5,649 (selepas rebat RM 5,249)
- Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB l 256GB) – RM 5,999 (selepas rebat RM 5,499)
- Galaxy Tab S11 Ultra 5G(12GB l 256GB) – RM 6649 (selepas rebat RM 6,149)
Siri Galaxy Tab S12 kini ditawarkan dengan harga bermula RM4,999 bagi Galaxy Tab S12+. Sementara itu, Galaxy Tab S12 Ultra 256GB (WiFi) berharga RM5,999, manakala versi 5G ditawarkan pada RM6,649. Galaxy Tab S12+ 5G pula berharga RM5,649.
Selain harga yang ditawarkan, pembeli turut menerima ganjaran menarik termasuk aplikasi pra-muat bernilai RM1,123.58 seperti Gemini, Adobe Photoshop, Notability dan iQIYI, serta Book Cover Keyboard dan S Pen bernilai sehingga RM1,208.
Pelanggan juga boleh menikmati rebat sehingga RM500 ketika pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit bank, atau melalui SPayLater.
Lebih lanjut, Samsung juga telah mengumumkan 20% diskaun bagi pembelian Galaxy Tab S12 bagi pelajar dan guru/pensyarah.








