Samsung Galaxy Z Fold8 tarik perhatian pengguna dengan form factor baharu

Barisan telefon foldable Galaxy Z Series yang terbaharu daripada Samsung kini mencuri tumpuan di seluruh Malaysia, dengan pengguna berpusu-pusu mengunjungi Samsung Experience Store di seluruh negara untuk menjadi antara yang terawal merasai pengalaman menggunakan Galaxy Z Fold8 serba baharu serta reka bentuk baharunya yang lebih inovatif.
Mendahului sambutan sudah pastinya Galaxy Z Fold8 serba baharu, yang pantas muncul sebagai pilihan paling popular dengan menyumbang lebih daripada 50% daripada keseluruhan jualan telefon boleh lipat Samsung. Sambutan memberangsangkan ini mencerminkan permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap peranti boleh lipat yang menggabungkan prestasi bertaraf flagship dengan reka bentuk Galaxy Fold paling nipis dan paling premium pernah dihasilkan Samsung.
Turut melengkapkan siri ini ialah Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Flip8 serba baharu, menawarkan pilihan peranti boleh lipat yang disesuaikan dengan gaya hidup, personaliti dan keperluan harian pengguna.
Temui Personaliti telefon pintar foldable Anda
Jujurlah – yang mana satu menggambarkan diri anda?
– Individu yang sentiasa bertukar antara mesyuarat, e-mel dan pelbagai aplikasi tanpa terlepas sebarang perkara?
– Individu yang sentiasa mencuri perhatian setiap kali melangkah masuk ke mana-mana ruang?
– Atau individu yang gemar merakam swafoto terbaik, menghasilkan kandungan mengikut trend terkini dan mengabadikan setiap pengembaraan?
Jika anda mengangguk bersetuju dengan mana-mana situasi di atas, besar kemungkinan terdapat telefon boleh lipat Samsung Galaxy serba baharu yang direka khusus untuk anda.
Sama ada anda seorang Power Player, Bold Trendsetter atau Social Curator, barisan telefon boleh lipat Samsung Galaxy serba baharu direka untuk melengkapkan cara anda bekerja, berkarya dan menjalani kehidupan seharian. Kunjungi Samsung Experience Store berhampiran atau terokai barisan telefon boleh lipat Galaxy serba baharu secara dalam talian untuk mengetahui model yang paling sesuai dengan personaliti anda.
Dari 22 Julai hingga 13 Ogos 2026, pelanggan boleh menikmati ganjaran pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM1,950. Tawaran ini merangkumi rebat eksklusif sehingga RM800, rebat bank sebanyak RM500 apabila membuat pembayaran menggunakan kad bank terpilih, Samsung Reward Points Booster bernilai sehingga RM400 untuk ahli Samsung Members, serta Samsung Reservation+ (SR+) Voucher bernilai RM250.



