Samsung Galaxy Z Series dan Galaxy Watch Series kini dibuka untuk pra-tempahan – ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM 1,950

Barisan telefon pintar foldable terbaharu Samsung Galaxy Z Series kini telah rasmi dengan pelancaran tiga model iaitu Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra yang membawa standard premium siri Ultra yang terkenal ke dalam dunia peranti boleh lipat, menawarkan produktiviti maksimum untuk pengguna, Galaxy Z Fold8 pula hadir dengan faktor bentuk baharu yang membuka pengalaman penggunaan telefon boleh lipat yang lebih imersif dalam kehidupan seharian. Melengkapkan siri ini ialah Galaxy Z Flip8, yang direka untuk interaksi pantas, ekspresi diri yang lebih menyerlah serta pengalaman berasaskan AI.
Samsung sekali lagi bersedia mentakrifkan semula inovasi telefon pintar lipat menerusi peranti-peranti baharu ini dengan menggabungkan reka bentuk ikonik, prestasi berkuasa dan pengalaman Galaxy AI yang lebih lancar. Bukan itu sahaja, Samsung turut memperkenalkan barisan jam pintar terbaharu, iaitu Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9.
Dari 22 Julai hingga 13 Ogos 2026, pelanggan boleh menikmati ganjaran pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM1,950. Tawaran ini merangkumi rebat eksklusif sehingga RM800, rebat bank segera RM500 apabila membuat pembayaran menggunakan kad bank terpilih, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400 untuk ahli Samsung Members, serta Samsung Reservation+ Voucher bernilai RM250.
Promosi Tambahan untuk Samsung Galaxy Watch Series Baharu
Nikmati tawaran eksklusif apabila membuat pra-tempahan siri Galaxy Watch yang baharu.
Dengan pelbagai manfaat seperti naik taraf storan, baucar, rebat bank dan ganjaran kesetiaan, pelanggan boleh menikmati nilai yang lebih tinggi apabila menaik taraf kepada peranti boleh lipat Samsung Galaxy yang terkini.
pra-tempah peranti Samsung Galaxy yang baharu pilihan anda sekarang.
Untuk membuat pra-tempahan peranti Samsung Galaxy yang baharu, sila layari pautan yang disediakan di bawah.
Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold8-ultra/buy
Samsung Galaxy Z Fold8: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold8/buy/
Samsung Galaxy Z Flip8: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip8/buy/
Samsung Galaxy Watch Ultra2: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch-ultra2/buy/
Samsung Galaxy Watch9: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch9/buy/




