Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 – adakah Flip masih relevan?

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 2

Selain dua model foldable Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Fold8, majlis pelancaran Samsung Unpacked juga telah menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Z Flip8.

Tahun ini, Samsung Galaxy Z Flip8 memasuki pasaran dengan beberapa penambahbaikan yang berupaya mengukukuhkan lagi kedudukan model ini dipersada pasaran peranti flip clamshell.

Ini adalah pandang pertama kami mengenai Samsung Galaxy Z Flip8 yang baru sahaja dilancarkan ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 3

Cip 2nm Exynos 2600

Seperti pada generasi sebelum ini, Samsung Galaxy Z Flip8 menjadi satu-satunya model didalam Galaxy Z Series untuk hadir dengan penggunaan cipset flagship daripada Exynos iaitu Exynos 2600 yang merupakan cip 2nm pertama dipasaran. Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 39%, peningkatan prestasi AI sebanyak 113% manakala prestasi Exynos Xclipse 960 GPU adalah dua kali ganda lebih baik berbanding pada generasi sebelum ini.

Selain itu, Galaxy Z Flip8 juga hadir dengan 12GB RAM bersama storan dalaman sehingga 512GB serta One UI 9.0 yang berasaskan Android 17.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 4

Paparan FlexWindow 4.1″

Samsung Galaxy Z Flip8 hadir dengan skrin FlexWindow berukuran 4.1-inci dan paparan ini sangat futurstik untuk dilihat dimana skrinya memenuhi keseluruhan panel hadapan (apabila dilipat).

Selain itu, FlexWindow pada Galaxy Z Flip8 juga menyokong penggunaan kesemua aplikasi yang digunakan pengguna tanpa sebarang limitasi.

Lebih lanjut, paparan FlexWindow ini adalah panel OLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan vision booster.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 5

Rekaan lebih ringan

Samsung Galaxy Z Flip9 tampil dengan rekaan yang lebih ringan berbanding generasi sebelum ini iaitu dengan berat 180 gram sahaja iaitu 8 gram lebih ringan dan ianya juga sedikit nipis apabila dilipat iaitu 0.5mm

Walaupun perbezaan ini tidak begitu ketara, ianya sedikit sebanyak meningkatkan keselesaan penggunaan terutamanya kepada golongan wanita.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 6

Hayat Bateri lebih lama

Walaupun Galaxy Z Flip8 masih mengekalkan bateri 4,300mAh seperti generasi sebelumnya, penggunaan cip Exynos 2600 dijangka membantu meningkatkan jangka hayat bateri.

Dibina menggunakan proses 2nm GAA, cip ini memberi penekanan terhadap kecekapan tenaga melalui pengoptimuman CPU, GPU dan enjin AI.

Samsung turut memperkenalkan struktur kuasa baharu pada GPU serta pelbagai penambahbaikan yang membolehkan penggunaan tenaga menjadi lebih efisien mengikut beban kerja. Hasilnya, walaupun kapasiti bateri tidak berubah, pengguna berpotensi menikmati ketahanan bateri yang lebih baik dalam penggunaan harian.

Bersama bateri 4,300mAh, Galaxy Z Flip8 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 25W dan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar 15W.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip8 - adakah Flip masih relevan? 7

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip8 Sekarang!

Samsung Galaxy Z Flip8 kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia didalam warna Pink , Graphite, Cream, dan warna Mint yang merupakan warna ekslusif online.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Flip8 di Malaysia :

  • Samsung Galaxy Z Flip8 12/256GB – RM 5,399
  • Samsung Galaxy Z Flip8 12/512GB – RM 6,199

Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, serta rebat segera RM500 apabila membuat pembelian menggunakan kad bank terpilih.

Selain itu, pembeli yang telah membuat tempahan awal melalui program Samsung Reservation+ turut boleh menebus baucar bernilai RM250. Samsung juga menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.

Lebih menarik, pelanggan yang membeli siri baharu Galaxy Z turut layak mendapatkan aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 30%.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip8 di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.