Samsung Galaxy Z Fold8 kini rasmi – reka bentuk baharu sebagai pencabar iPhone Fold

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini dengan pelancaran dua model utama iaitu Galaxy Z Fold8 yang hadir dengan form factor baharu untuk menjadi pencabar utama iPhone Fold (yang belum dilancarkan) manakala Galaxy Z Fold8 Ultra kini adalah model yang lebih besar dan premium yang sebelum ini dikenali sebagai Galaxy Z Fold.
Seperti yang diacah sejak beberapa minggu, Samsung Galaxy Z Fold8 tampil dengan rekaan yang unik dengan ukuran yang hampir sama seperti sebuah passport dengan nisbah 4:3. Ianya diberikan gelaran telefon pintar foldable paling ringan didunia dengan berat 201 gram iaitu 14% lebih ringan berbanding iPhone 17 Pro Max.
Lebih lanjut, Galaxy Z Fold 8 hadir dengan rekaan skrin lebar, menjadikannya lebih pendek tetapi lebih lebar berbanding kebanyakan telefon boleh lipat yang termasuk Galaxy Z Fold8 Ultra. Ianya memiliki ketebalan 9.7mm ketika dilipat dan hanya 4.5mm ketika lipatan dibuka.
Selain itu, Galaxy Z Fold8 juga akan hadir dengan kerangka Armor Aluminum berserta penarafan kalis air dan habuk IP48 serta lapisan gelas Gorilla Glass Ceramic3 pada cover display dan Victus Glass 2 pada panel belakang.
Bercakap mengenai skrin, Galaxy Z Fold8 hadir dengan cover screen berukuran 5.7-inci manakala paparan utama adalah berukuran 7.6-inci. Kedua-dua skrin ini adalah jenis LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz , vision booster serta kecerahan mencecah 3,000nits
Flex Titanium merupakan teknologi baharu Samsung yang menggunakan struktur paparan berasaskan titanium untuk menjadikan telefon boleh lipat lebih nipis tanpa mengorbankan ketahanan. Gabungan filem aloi titanium dan plat titanium yang dipertingkatkan membantu mengukuhkan sokongan paparan, menyerap tekanan serta hentakan, selain mengurangkan kesan lipatan (crease) dari semasa ke semasa. Ia juga menjadikan proses membuka peranti terasa lebih lancar, ringan dan semula jadi.
Selain itu, Galaxy Z Fold8 ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama 12GB/16GB RAM dan storan dalaman yang bermula dari 256GB serta One UI 9 yang berasaskan Android 17.
Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Fold,8 menampilkan dua sensor 50MP iaitu sensor utama 50MP (OIS) dengan aperture f/1.8 dan sensor ultrawide 50MP dengan aperture f/1.9 dan terdapat juga dua sensor selfie 10MP pada cover screen dan main screen.
Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan bateri berkapasiti 4,800mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 45W (0-63% dalam 30 minit) dan pengecasan tanpa wayar 20W (0-35% dalam 30 minit).
Samsung Galaxy Z Fold8 akan ditawarkan didalam warna empat warna iaitu Lavender , Graphite, Cream, dan Pistachio yang hanya ditawarkan oleh Samsung.
Samsung Galaxy Z Fold8 akan ditawarkan pada harga pada harga dari RM 7,299 iaitu bagi versi 12/256GB, RM 8,099 bagi versi 12/512GB dan RM 9,699 bagi versi 16GB/1TB.
Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, serta rebat segera RM500 apabila membuat pembelian menggunakan kad bank terpilih.
Selain itu, pembeli yang telah membuat tempahan awal melalui program Samsung Reservation+ turut boleh menebus baucar bernilai RM250. Samsung juga menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.
Lebih menarik, pelanggan yang membeli siri baharu Galaxy Z turut layak mendapatkan aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 30%.







