Samsung Galaxy Z Flip8 kini rasmi pada harga dari RM 5,399

Bersama Samsung Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Fold8 Ultra, Samsung juga telah memperkenalkan telefon pintar Galaxy Z Flip8 yang tampil lebih nipis dan ringan dengan ukuran 6.1mm mm dan 180gram. Ianya turut dilapisi gelas Gorilla Glass Victus 2 pada panel hadapan dan belakang.
Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip8 juga hadir dengan engsel FlexHinge yang lebih kukuh bersama kerangka Armor Aluminum. Ianya juga tampil dengan FlexWindow bersaiz 4.1-inci yang memenuhi keseluruhan panel hadapan dan ini termasuk mengelilingi kamera.
Dalam pada itu,cover screen Samsung Galaxy Z Flip8 ini juga mempunyai sokongan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster.
Beralih kepada skrin paparan utama, Galaxy Z Flip8 adalah bersaiz 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster.
Seterusnya, Samsung Galaxy Z Flip8 hadir dengan cip terbaru keluaran syarikat ini iaitu Exynos 2600 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Ianya turut hadir dengan One UI 9 yang berasaskan Android 17 serta Galaxy AI.
Ke bahagian kamera pula, Galaxy Z Flip8 memiliki sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor selfie 12MP. Antara ciri kamera menarik yang ditawarkan pada telefon pintar Galaxy Z Flip8 ini adalah auto zoom, zoom slider dan horizontal lock.
Seterusnya, Galaxy Z Flip8 hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W. Ciri lain yang disertakan adalah Gemini on FlexWindow, auto curated wallpaper dan banyak lagi.
Samsung Galaxy Z Flip8 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Lavender, Graphite, Cream dan Mint yang merupakan warna ekslusif online di Samsung.com.
Samsung Galaxy Z Flip8 akan ditawarkan pada harga RM 5,399 bagi versi 12/256GB dan RM 6,199 bagi versi 12/512GB.
Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, serta rebat segera RM500 apabila membuat pembelian menggunakan kad bank terpilih.
Selain itu, pembeli yang telah membuat tempahan awal melalui program Samsung Reservation+ turut boleh menebus baucar bernilai RM250. Samsung juga menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.
Lebih menarik, pelanggan yang membeli siri baharu Galaxy Z turut layak mendapatkan aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 30%.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip8 di SINI




