Samsung Galaxy Watch9 Series dilancarkan dengan Snapdragon Wear Elite
Selain pelancaran Samsung Galaxy Z Series yang menyaksikan pelancaran Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8, Samsung turut memperkenalkan Samsung Galaxy Watch9 Series.
Samsung Galaxy Watch9 ditawarkan didalam dua saiz iaitu Galaxy Watch9 40mm Galaxy Watch9 44mm yang diperbuat daripada Lightweight Aluminum yang 25% lebih ringan.
Samsung Galaxy Watch9 hadir dengan rekaan Distinctive Cushion Design yang mengimbangi estetika dan kefungsian. Ianya hadir dengan paparan Super AMOLED berukuran 1.34-inci and 1.47-inci yang memiliki kecerahan maksima mencecah 3,000nits.
Selain itu, Galaxy Watch8 memiliki pemproses Snapdragon Wear Elite seperti pada Watch Ultra2 bersama 2GB RAM dan storan dalaman 32GB.
Seterusnya, Galaxy Watch8 40mm hadir dengan bateri 390mAh manakala Galaxy Watch 44mm pula memiliki bateri 445mAh yang mana kedua-duanya turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.
Antara ciri baharu yang ditawarkan pada Galaxy Watch9 Daily Cardio Load, Fitness Index, Vitals (HR, HRV, Blood Oxygen, Skin Temp, Respiratory rate), Heart Health Score dan Hearing Protection.
Seterusnya, Galaxy Watch Series ini juga hadir dengan One UI 9 Watch yang berasaskan Wear OS 7.
Akhir sekali, Galaxy Watch9 Series juga hadir dengan penarafan kalis air 5ATM + IP68 / MIL-STD-810H dan Raise to Talk (Gemini, Bixby).
Samsung Galaxy Watch9 40mm akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Cream dan Graphite manakala Galaxy Watch9 44mm pula ditawarkan didalam warna Silver dan Graphite.
- Galaxy Watch9 44mm LTE – RM1,899
- Galaxy Watch9 44mm (Bluetooth) – RM1,599
- Galaxy Watch9 40mm LTE – RM1,799
- Galaxy Watch9 40mm (Bluetooth) – RM1,499
Samsung turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik sepanjang tempoh pra-tempahan, termasuk langganan Strava Premium percuma selama 60 hari, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200, serta Registration of Interest Voucher bernilai sehingga RM120. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun PWP 10% apabila membeli bersama Galaxy Z atau Galaxy S Series terpilih, serta diskaun PWP 30% untuk Galaxy Watch Straps terpilih apabila dibeli bersama Galaxy Watch9.
Dapatkan Samsung Galaxy Watch9 Series di SINI



