Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 – kategori foldable baharu

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 2

Samsung Galaxy Z Series bagi tahun 2026 telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi dan pada tahun ini Samsung membawakan satu lagi penambahan baharu pada keluarga Galaxy Z dengan pelancaran Galaxy Z Fold8 yang tampil dengan ‘form factor’ foldable yang lebih ergonomik iaitu pada nisbah 4:3.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 3

Dengan pelancaran model baharu ini, Galaxy Fold yang lebih premium pula kini dikenali sebagai Galaxy Z Fold8 Ultra dengan skrin yang lebih besar.

Pada artikel ini kita akan berkongsi pandang pertama Galaxy Z Fold8 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,799.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 4

Galaxy Z Fold yang lebih kompak

Samsung Galaxy Z Fold8 adalah sebuah telefon pintar yang lebih selesa dan ergonomik untuk digunakan, ianya memiliki tidak terlalu besar seperti Z Fold8 Ultra namun masih memberikan akses kepada paparan yang besar apabila diperlukan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 5

Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan ukuran 4.5mm apabila lipatan dibuka (unfolded) atau 9.7mm pada keadaan dilipat (folded) dengan berat 201 gram yang menjadikanya sebagai foldable paling ringan dipasaran.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 6

Bagi penyimpanan didalam poket, ianya tidak terlalu ketat untuk disimpan didalam seluar jeans dengan dimensi yang hampir sama seperti sebuah pasport.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 7

Skrin Paparan terbaik untuk hiburan dan sosial media

Samsung Galaxy Z Fold8 menampilkan skrin paparan cover screen berukuran 5.5-inci yang lebih besar berbanding skrin Galaxy Z Flip8, ianya cukup untuk kegunaan harian namun apabila diperlukan skrin paparan utama bersaiz 7.6-inci yang mampu memenuhi segala keperluan termasuk untuk menonton filem, pelayaran media sosial,  gaming dan kerja pejabat.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 8

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy

Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy yang pasti disambut baik oleh pengguna di Malaysia dan ianya ditawarkan didalam konfigurasi yang sama seperti pada Galaxy Z Fold8 Ultra iaitu 12GB RAM atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Selain cip terbaik dipasaran, Galaxy Z Fold8 juga hadir dengan One UI 9.0 yang berasaskan Android 17.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 9

Bateri 4,800mAh dengan pengecasan Super Fast Charging 45W

Samsung Galaxy Z Fold8 hadir dengan bateri berkapasiti 4,800mAh yang mana ianya hanya 200mAh lebih kecil berbanding bateri pada Galaxy Z Fold8 Ultra. Bersama bateri ini, Galaxy Z Fold8 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 45W yang membolehkan pengecasan ke tahap 63%  dilakukan didalam masa 30 minit sahaja.

Selain pengecasan berwayar 45W, Galaxy Z Fold8 juga menbawakan sokongan pengecasan tanpa wayar pada kadar 25W

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 10

Sistem Dual Camera 50MP

Samsung Galaxy Z Fold8 memiliki dua sensor 50MP iaitu sensor wide 50MP f/1.9 dan sensor ultrawide 50MP f/1.8 yang memiliki OIS. Ianya dilihat mampu menawarkan hasil gambar yang cukup baik.

Selain itu, Galaxy Z Fold8 juga memiliki dua kamera selfie 10MP pada cover screen dan main screen.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 - kategori foldable baharu 11

Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold8 sekarang!

Samsung Galaxy Z Fold8 kini ditawarkan di Malaysia didalam warna Lavender , Graphite, Cream, dan warna Pistachio yang merupakan warna ekslusif online.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Fold8 di Malaysia :

  • Samsung Galaxy Z Fold8 12/256GB – RM 7,299
  • Samsung Galaxy Z Fold8 12/512GB – RM 8,099
  • Samsung Galaxy Z Fold8 16GB/1TB – RM 9,699

Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, serta rebat segera RM500 apabila membuat pembelian menggunakan kad bank terpilih.

Selain itu, pembeli yang telah membuat tempahan awal melalui program Samsung Reservation+ turut boleh menebus baucar bernilai RM250. Samsung juga menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.

Lebih menarik, pelanggan yang membeli siri baharu Galaxy Z turut layak mendapatkan aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 30%.

Pra-tempah Samsung Galaxy Z Fold8 di SINI

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.