Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 1

Screenshot

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 2

Jika anda tak pernah rasa keperluan untuk memiliki sebuah tablet mini, HUAWEI MatePad Mini yang baru dilancarkan ini mungkin mengubah perkara ini dalam sekelip mata.

HUAWEI MatePad Mini mempunyai potensi untuk  menggantikan bukan satu, bukan dua—tapi empat benda dalam beg : buku nota premium A5, Kindle, sketchpad kreatif dengan pensel warna, dan juga peranti hiburan harian.

Lebih menarik, HUAWEI MatePad Mini bukan sekadar kompak, ia hadir dengan ciri bertaraf flagship yang membuatkan Apple iPad Mini 7 nampak biasa dan murah.

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 3
Screenshot

Tablet Paling Nipis dan Ringan didunia

HUAWEI MatePad Mini hadir dengan rekaan ultra nipis dengan ketebalan hanya 5.2mm dan berat sekitar 260g, jauh lebih ringan dan selesa berbanding iPad Mini 7. Ianya memiliki saiz yang kompak dengan nisbah 16:10 untuk memberikan anda penggunaan satu tangan yang sangat natural, terbaik untuk penggunaan harian sama ada bekerja atau santai.

Walaupun bersaiz kecil, ia direka untuk mobiliti maksimum dan “pocket-ready”, menjadikanya senang dibawa ke mana-mana. Menariknya, rekaan nipis HUAWEI MatePad Mini ini tetap menawarkan binaan yang kukuh, bateri berkapasiti 6400mAh dan teknologi pengecasan ultra pantas 66W, memastikan penggunaan sepanjang hari.

Dari segi kemasan pula, MatePad Mini menampilkan rekaan premium dengan gabungan magnesium aloi dan badan 3D vegan fiber, memberikan rasa eksklusif serta sentuhan yang lebih refined dan premium.

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 4

Satu-satunya Tablet Mini dengan Flexible OLED PaperMatte Display

HUAWEI MatePad Mini merupakan satu-satunya tablet dalam segmen untuk tampil dengan paparan Flexible OLED PaperMatte Display. Ianya memiliki bezel ultra nipis berukuran 2.99mm yang membolehkannya menawarkan nisbah skrin-ke-badan sehingga 92%, jauh lebih baik berbanding iPad Mini 7 yang mempunyai nisbah sekitar 78%.

Dalam pada itu, teknologi Flexible OLED yang digunakan juga membolehkan pengguna menikmati paparan yang lebih tajam, warna lebih tepat dan kontras yang lebih hidup. Ia juga memiliki resolusi 2.5K dengan sokongan paparan 1.07 bilion warna, kecerahan sehingga 1800 nits dan kadar segar semula 120Hz untuk memberikan pengalaman visual yang sangat lancar dan immersive.

Lebih menarik, skrin ini dipadankan dengan teknologi PaperMatte yang menjadikannya anti-silau, anti-refleksi dan anti-sparkle. Ini bukan sahaja lebih selesa untuk mata walaupun digunakan lama, malah memberikan pengalaman menulis dan melukis yang lebih mirip seakan-akan atas kertas sebenar.

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 5

Produktif & Kreatif – Segalanya Dalam Saiz Mini

HUAWEI MatePad Mini direka untuk memenuhi keperluan produktiviti ringan dan kreativiti harian melalui pelbagai aplikasi pintar seperti HUAWEI Notes dan GoPaint. Dengan HUAWEI Notes, pengguna boleh mencatat nota dengan mudah sama ada untuk mesyuarat, perbincangan atau pembelajaran di kelas, semuanya lebih tersusun dan efisien dalam satu peranti kompak.

Dalam pada itu, Tablet Mini juga boleh dipadankan dengan HUAWEI M-Pencil Pro, menjadikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan intuitif. Stylus ini menawarkan sensitiviti tekanan sehingga 4 kali ganda lebih tinggi, memberikan rasa menulis, melukis dan mewarna yang hampir seperti di atas kertas sebenar. Tambahan pula, interaksi pintar baharu seperti pinch, rotate dan Star Ring membolehkan kawalan yang lebih tepat dan pengalaman penggunaan yang lebih interaktif.

Ringkasnya, HUAWEI MatePad Mini bukan sekadar tablet kecil, ia adalah peranti serba boleh untuk bekerja dan berkarya di mana sahaja anda berada.

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 6

Inovasi Mini, Nilai Maksimum untuk Masa Depan

HUAWEI MatePad Mini mentakrif semula persepsi tablet mini dengan pelbagai inovasi dan penambahbaikan terkini, menjadikannya pilihan popular di pasaran seperti China. Kejayaan jualannya membuktikan keupayaannya memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan prestasi dalam saiz kompak.

Lebih daripada sekadar peranti, HUAWEI MatePad Mini direka untuk menjadi rakan digital yang bernilai menyokong pengguna dalam perkembangan kerjaya dan kehidupan seharian, sama ada untuk kerja, pembelajaran atau kreativiti.

HUAWEI MatePad Mini: Tablet Mini Terunggul – Nipis, Ringan & Paparan OLED PaperMatte Luar Biasa 7

HUAWEI MatePad Mini kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,399  dan pengguna yang membuat pra-tempahan akan menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,014, termasuk Baucar Early Bird RM200, HUAWEI M-Pencil Pro, Folio Cover, WPS Office 3.0 bertaraf PC, jaminan APAC selama setahun, penggantian bateri percuma, serta perlindungan PaperMatte Display.

Miliki HUAWEI MatePad Mini anda dengan pembelian melalui saluran jualan rasmi HUAWEI seperti dibawah :

🛒 HUAWEI EXPERIENCE STORE

🛒HUAWEI OFFICIAL STORE DI SHOPEE

🛒HUAWEI FLAGSHIP STORE DI LAZADA

🛒 HUAWEI STORE DI TIKTOK SHOP 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.