HUAWEI WATCH GT Runner 2 kini rasmi di Malaysia – RM 1,499

HUAWEI terus mengukuhkan portfolio wearable mereka dengan pelancaran HUAWEI WATCH GT Runner 2, sebuah jam pintar yang direka khusus untuk pelari dan pengguna aktif yang mahukan prestasi lebih tepat serta latihan lebih pintar.
Model ini tampil dengan reka bentuk ringan menggunakan bahan titanium gred aeroangkasa (43mm) dengan berat sekitar 34.5g dan ketebalan hanya 10.7mm. Ia turut dipadankan dengan tali HUAWEI AirDry yang selesa dipakai untuk aktiviti intensif seperti larian jarak jauh.
Dari segi paparan, jam ini memiliki skrin AMOLED berukuran 1.32-inci dan ianya dilapisi kaca Kunlun generasi kedua yang lebih tahan lasak, serta menawarkan kecerahan tinggi sehingga 3000 nits bagi memastikan skrin jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang.
Antara fokus utama GT Runner 2 adalah ketepatan lokasi. Ia dilengkapi sistem antena 3D floating yang mampu meningkatkan ketepatan penjejakan jarak, laluan dan pace, walaupun di kawasan mencabar seperti bangunan tinggi atau terowong.
Untuk pelari, HUAWEI turut memperkenalkan Intelligent Marathon Mode yang menyediakan pelan latihan pintar, analisis prestasi serta ramalan masa penamat berdasarkan data pengguna. Selain itu, jam ini menyokong pelbagai metrik profesional seperti kadar degupan jantung, HRV, intensiti latihan dan running power.
Dari segi kesihatan, ia menawarkan pemantauan menyeluruh termasuk ECG, SpO2, tidur, tekanan dan kadar pernafasan, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian selain aktiviti sukan.
Bateri juga menjadi antara kelebihan utama, dengan kemampuan sehingga 32 jam penggunaan untuk aktiviti outdoor dengan GPS aktif, atau sehingga 7 hari penggunaan biasa dan 14 hari untuk penggunaan ringan.
Selain itu, GT Runner 2 menyokong lebih 100 mod sukan, peta offline, panggilan Bluetooth, muzik tanpa telefon serta keserasian dengan peranti Android dan iOS.
HUAWEI WATCH GT Runner 2 kini ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Dawn Orange, Dusk Blue dan Midnight Black pada harga RM 1,499. Setiap pembelian juga akan menerima HUAWEI FreeArc dan 1 tahun waranti APAC.




