Xiaomi Leica Leitzphone dilancarkan pada harga RM 7,499 – telefon pintar Xiaomi paling mahal!
Bersempena ulang tahun ke-100 Leica, syarikat itu bekerjasama dengan Xiaomi untuk membawa warisan ikonik serta falsafah reka bentuknya ke dalam sebuah peranti mudah alih berteknologi canggih. Pembangunan bersama yang pertama dalam industri ini meletakkan pendekatan klasik tangkapan imej Leica sebagai teras peranti, menggabungkan kepakaran seabad dengan teknologi moden.
Leica Leitzphone yang dikuasakan oleh Xiaomi menampilkan badan aloi aluminium yang tahan lasak dengan kemasan nikel anod, mencerminkan warisan Leica pada setiap perincian. Dari segi perisian, antara muka yang diperbaharui dan ditala khas oleh Leica menawarkan pengalaman pengimejan yang memfokuskan prestasi serta nilai seni, intuitif dan menyeronokkan untuk jurugambar kasual mahupun profesional berpengalaman.
Menariknya, Leica Leitzphone yang dikuasakan oleh Xiaomi hadir dengan Leica Camera Ring inovatif — dail fizikal dengan kemasan bertekstur (knurling) yang memberikan rasa seperti memegang kamera zoom sebenar. Telefon ini juga memperkenalkan Leica Essential Mode, yang menghidupkan semula kualiti imej dan gaya fotografi kamera Leica ikonik, termasuk Leica M9 dan Leica M3 (dengan filem MONOPAN 50).
Leica Leitzphone Powered by Xiaomi akan ditawarkan pada harga RM 7,499 bagi versi 16GB/1TB yang menjadikanya sebagai telefon pintar Xiaomi paling mahal pernah dilancarkan syarikat ini. Setiap pembelian juga akan menerima hadiah percuma FREE Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro (bernilai RM1,099) dan Xiaomi Sound Party (bernilai RM349.
Kebanyakkan spesifikasi Leica Leitzphone ini adalah sama seperti Xiaomi 17 Ultra



