HUAWEI Mate X7 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 8,688
HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar boleh dlipat terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Mate X7 di Malaysia.
Telefon pintar terbaru HUAWEI ini hadir ke pasaran Malaysia selepas mula memasuki pasaran global pada 11 Disember yang lalu.
HUAWEI Mate X7 memiliki dua skrin paparan 120Hz iaitu cover screen OLED LTPO berukuran 6.49-inci dengan Panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Crystal Armor Kunlun . Panel utama adalah skrin LTPO 8.0-inci dengan dengan kadar segar semula 1-120Hz dan kadar PWM Dimming 1,440Hz.
Bercakap mengenai cipset yang digunakan, Mate X7 akan dikuasakan cip Kirin 9030 Pro, 16GB RAM dan storan 512GB serta sistem operasi HarmonyOS 6.
Dalam pada itu, Mate X7 juga lebih nipis iaitu hanya 4.5mm apabila dibuka sepenuhnya dengan berat 235gram dengan penarafan kalis air dan habuk IP57 & IP59.
Beralih kepada kamera, Mate X7 memiliki sensor utama 50MP dengan aperture fizikial boleh ubah f/1.4-f/4.0, sensor periskop telefoto 50MP menawarkan 3.5x zoom optik dan sensor ultra lebar 40 MP dua sensor selfie 8MP pada cover screen dan inner screen.
Seterusnya, telefon pintar foldable Mate X7 ini akan memiliki bateri berkapasiti 5,600mAh dengan pengecasan pantas 66W SuperCharge yang mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 42 minit selain sokongan pengecasan tanpa wayar pada kadar 50W.
Akhir sekali, HUAWEI Mate X7 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Nebula Red, Black, Brocade White pada harga RM 8,688. Anda juga boleh menikmati diskaun tambahan RM 1,000 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM 5,597 yang termasuk 1 tahun screen protection, HUAWEI WATCH 5 46mm Purple Composite Strap, HUAWEI MatePad 11.5 WIFI (6GB+128GB) dan HUAWEI Matepad 11.5” Smart Keyboard.
HUAWEI juga menawarkan rebat trade-in bernilai sehingga RM 2,000.







