ULASAN Kamera vivo X300 – Kenapa ianya dikatakan sebagai Ultimate Concert Phone
vivo X300 Series baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 3,599 sebagai telefon pintar yang diberikan gelaran “ultimate concert phone”.
Di atas kertas, spesifikasi kamera vivo X300 mungkin tidak setaraf vivo X300 Pro, model ini turut membawakan sensor utama 200MP ISOCELL HPB yang sama seperti sensor telefoto X300 Pro bersama sensor telefoto 50MP LYT-602 yang turut hadir dengan cip VCS yang memberikan 11.9% lebih sensitiviti sensor pada waktu malam. Walaupun tidak setaraf sensor telefoto 200MP yang digunakan pada X300 Pro, sensor telefoto ini juga menerima pensijilan ZEISS APO yang bertaraf tinggi.

Sinonim dengan gelaran ” Ultimate Concert Phone“, vivo X300 membawakan fotografi ‘ front-row seat” kepada peminat dan ianya terbukti dengan mod Stage khas pada telefon pintar ini. Hasil daripada algoritma Telephoto Magic 2.0 yang digabungkan dengan pengoptimuman GTR 3.0, potret pentas telefoto jauh lebih jelas, dengan tangkapan yang dipertingkatkan yang membekukan momen dinamik dengan tepat.
Selain itu, Stage Mode pada vivo X300 ini hadir dengan Smart Portrait Algorithms kadar sintesis imej zoom jarak jauh (10x+) sebanyak 36%.
Seterusnya , sensor vivo X300 ini juga hadir dengan Salutan ZEISS T* dan Super Blue Glass yang meningkatkan ketepatan dan realisme warna walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar seperti api arang atau cahaya lilin, memberikan hasil yang lebih hampir dengan apa yang dilihat oleh mata manusia.
Dalam pada itu, sistem kamera ini juga menampilkan sistem penstabilan eksklusif vivo, membolehkan tindak balas yang lebih pantas terhadap gegaran, dan meningkatkan kestabilan penggambaran dengan ketara, mencapai penstabilan bertaraf CIPA 4.5.
Selain gambar, vivo X300 juga membawakan ciri Dual-View Stage Video membolehkan rakaman dua kamera sekaligus. Sama ada merakam keseluruhan pentas dan rakaman jarak dekat penghibur secara serentak atau mengekalkan memori berada dalam bingkai yang sama dengan artis kegemaran anda, pengguna boleh mencapai semuanya dengan satu peranti.
Lebih lanjut, vivo X300 juga membawakan sokongan 4K Stage All-in-One Recording yang membolehkan pengguna merakam video 4K sambil mengambil imej berkualiti tinggi secara serentak, memastikan tiada detik yang terlepas walaupun dalam persekitaran pentas yang dinamik.
AI One-Shot Multi-Crop
Algoritma pemangkasan adaptif mengenal pasti subjek utama foto secara bijak, memangkas berbilang bingkai utama dan menggabungkanya bersama untuk mencipta kesan atmosfera, di samping menyokong kesan penapis bertindih.
AI Landscape Master
AI Landscape Master yang dinaik taraf menggunakan teknologi AIGC untuk menyingkirkan elemen yang tidak diingini secara bijak, membetulkan isu pengimejan yang disebabkan oleh cuaca buruk dan mengoptimumkan komposisi secara automatik. Ia juga menawarkan gaya kreatif yang disesuaikan dengan rantau yang direka untuk persekitaran yang berbeza seperti Snow Town, Desert dan Island. Contohnya, dalam mod Snow Town, AI menambah tekstur berais, mencerahkan ton keseluruhan dan memperkenalkan kesan salji yang realistik atau aurora pada waktu malam, mewujudkan pemandangan yang mengasyikkan.
Akhir sekali, vivo X300 juga menawarkan mod portrait yang menyeluruh dengan ZEISS Natural Portrait yang memberikan pelbagai pilihan mod portrait baik pada waktu malam atau siang.
Dapatkan vivo X300 Series sekarang di vivo Malaysia estore






