vivo X300 Pro dan X300 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 3,599
vivo X300 Series kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan model flagship terbaru syarikat ini tiba didalam dua model iaitu vivo X300 dan vivo X300 Pro.
Terus ke spesifikasi, vivo X300 Pro akan hadir dengan skrin paparan 8T LTPO berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima mencecah 4,500nits dan sokongan Dolby Vision. X300 pula hadir dengan skrin paparan berukuran 6.31-inci juga dengan spesifikasi panel yang sama. Kedua-dua panel juga memiliki sensor capjari ultrasonic.
Seterusnya, X300 Pro dan X300 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 yang disertakan dengan 12/16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Dalam pada itu, Vivo X300 Pro hadir dengan bateri silikon anod 6,510mAh manakala X300 pula memiliki bateri 6,040mAh. Kedua model juga menawarkan sokongan pengecasan pantas 90W dan pengecasan tanpa wayar pada kadar 40W.
Beralih kepada kamera, Vivo X300 Pro memiliki sistem tri-kamera dengan optik ZEISS yang terdiri dari sensor utama 50MP Sony LYT-828 dengan aperture f/1.57 dan Gimbal OIS, sensor telefoto 200MP Samsung HPB dan sensor ultrawide 50MP JN1. Kamera selfie adalah sensor 50MP yang juga merupakan sensor JN1.
Dalam pada itu, vivo X300 hadir dengan sensor utama 200MP Samsung HPB, sensor telefoto APO 50MP LYT-620 dan sensor ultrawide 50MP JN1. Sensor 50MP JN1 turut digunakan pada kamera selfie.
Akhir sekali, vivo X300 Pro dan X300 juga hadir dengan penarafan IP69, OriginOS 6 yang berasaskan Android 16, pembesar suara stereo dan Wi-Fi 6 serta aksesori telephoto extender ( khas untuk vivo X300 Pro sahaja).
vivo X300 Pro akan ditawarkan pada harga RM 4,699 manakala vivo X300 pula ditawarkan pada harga RM 3,599 bagi versi 12/256GB dan RM 3,899 bagi versi 16/512GB . Pra-tempahan kini telah dibuka dimana setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma seperti Giselle Coffee Machine, vivo TWS 3e, 1 tahun lanjutan waranti, 1 tahun waranti skrin dan liputan waranti antarabangsa. Anda juga boleh menikmati 30% diskaun bagi pembelian Telephoto Extender Kit dan rebat trade-in sehingga RM 300.






