HUAWEI FreeBuds 7i kini rasmi di Malaysia pada harga RM 329
HUAWEI secara rasminya telah mengumumkan bahawa earbuds HUAWEI FreeBuds 7i kini ditawarkan di Malaysia.
HUAWEI FreeBuds 7i hadir dengan ciri Intelligent Dynamic ANC 4.0, fon telinga ini memberikan pembatalan hingar yang mendalam sehingga 55 dB, membolehkan pengguna menikmati muzik mereka atau fokus pada panggilan tanpa gangguan, sama ada semasa perjalanan yang bising, di kafe yang sibuk, atau semasa sesi belajar lewat malam. Ianya juga memiliki pemacu dinamik quad-magnet 11 mm dengan Audio Hi-Res dan pelarasan EQ 10-jalur,
Selain itu, ciri AI noise reduction dan mikrofon bone conducting memastikan panggilan kekal jelas walaupun di tempat yang sesak, manakala padanan ergonomik dan empat saiz eartip telinga memberikan keselesaan yang berkekalan.
Seterusnya, FreeBuds 7i menawarkan jangka hayat bateri sehingga 35 jam, pengecasan pantas yang menawarkan empat jam pendengaran hanya dalam sepuluh minit, dan sambungan dwi-peranti untuk pertukaran mudah antara telefon pintar, tablet dan komputer riba, HUAWEI FreeBuds 7i mudah menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden yang sibuk.
HUAWEI FreeBuds 7i ditawarkan didalam warnaPink, White, dan Black pada RM329, HUAWEI FreeBuds 7i kini tersedia di semua HUAWEI Experience Store,laman rasmi, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop.
Bagi pembelian FreeBuds 7i bermula hari ini sehingga 10 Disember, anda akan menerima 1-tahun Loss Care baucar tambahan bernilai RM 10 bagi pembelian di Shopee dan Lazada.

