Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 1

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 2

Selain HUAWEI Watch GT 6 Series, HUAWEI juga telah memperkenalkan HUAWEI Watch Ultimate 2 yang merupakan jam tangan pintar mewah direka untuk pengembara luar, atlet dan profesional yang mencari keseimbangan sempurna antara ketahanan, inovasi dan kemudahan harian.

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 3

Menariknya, Watch Ultimate 2 hadir dengan Standard EN 13319, ia adalah jam tangan pintar pertama dalam industri yang menyokong selaman sehingga 150 meter dan dilengkapi dengan komunikasi bawah air berasaskan sonar. Ianya hadir dengan paparan yang menawarkan kecerahan sehingga 3,500nits. 

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 4

Ciri komunikasi berasaskan sonar dalam HUAWEI WATCH Ultimate 2 membolehkan penyelam menghantar mesej dan emoji pratetap kepada pengguna lain dalam jarak 30 meter tanpa memerlukan peralatan tambahan. Fungsi SOS bawah air, yang menyokong jarak maksimum 60 meter, membantu memastikan makluman tepat pada  dalam situasi kecemasan.

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 5

Sistem TruSense HUAWEI WATCH Ultimate 2 disokong oleh modul X-TAP dan super-sensing modules, memberikan 10 metrik kesihatan utama melalui ciri Health Glance seperti pemantauan SpO₂  kadar denyutan jantung yang tepat dan penjejakan tidur, pengguna mendapat manfaat daripada cerapan berterusan tentang kesihatan mereka.

HUAWEI WATCH Ultimate 2 juga direka bentuk untuk sambungan luar yang melampau. Sistem antena celahnya meningkatkan kekuatan isyarat, manakala  HUAWEI Sunflower Positioning System memastikan ketepatan melalui penentududukan lima sistem dwijalur dan algoritma lanjutan. Jam tangan ini menyokong panggilan melalui ciri eSIMnya, manakala pembatalan hingar panggilan AI memastikan perbualan yang jelas dalam keadaan yang sukar. Ciri keselamatan seperti Fall Detection, Emergency SOS, dan High-Altitude Monitoring juga disertakan.

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 6

Dalam pada itu, jam tangan ini dilengkapi mod Golf Course yang menawarkan lebih daripada 17,000 peta padang golf global dengan ciri tahap pro seperti jarak pelarasan cerun, fungsi zum dan main semula trajektori.

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 7

Bercakap mengenai jangka hayat bateri, Watch Ultimate 2 menawarkan sehingga 11 hari jangka hayat bateri atau 4.5 hari dengan penggunaan agresif dan ianya juga tampil dengan pengecasan pantas yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 60 minit sahaja.

HUAWEI Watch Ultimate 2 kini rasmi di Malaysia 8

HUAWEI WATCH Ultimate 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 3,499, dan kini ianya boleh didapati untuk prapesanan di Malaysia di mana-mana HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,305, termasuk HUAWEI FreeClip, 2 Tahun HUAWEI Care+ dan 3 Bulan keahlian HUAWEI Health+.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.