HUAWEI Watch GT 6 Series kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 999

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI Watch GT 6 Series yang hadir dengan bateri lebih tahan lama, ketepatan positioning yang dipertingkat, serta perisian baharu yang menambah mod sukan dan fungsi pemantauan kesihatan yang lebih lengkap.

HUAWEI Watch GT 6 Series ditawarkan didalam dua model iaitu Huawei Watch GT 6 dalam saiz 41 mm dan 46 mm, manakala Watch GT 6 Pro kini ditawarkan dalam saiz 46 mm.

HUAWEI Watch GT 6 46mm dan Watch GT 6 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 1.43-inci dengan kecerahan maksima 3,000nits manakala Watch GT 6 versi 41mm hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 1.32-inci.

Selain itu, jangka hayat bateri kesemua model Watch GT 6 Series telah diberi peningkatan dimana Watch GT 6 41mm menawarkan sehingga 14 hari penggunaan manakala Watch GT 6 Pro dan Watch GT 6 46mm pula menawarkan sehingga 21 hari penggunaan.
Ini dicapai dengan penggunaan bateri high-silicon stacked custom-shaped, yang menggunakan 10% lebih silikon dan rekaan yang tidak konvensional bagi mengoptimumkan ruang, sekali gus meningkatkan kepadatan tenaga sehingga 37%.
Sunflower Position System 2.0 yang menyokong dual-band untuk semua sistem navigasi, memberikan ketepatan lokasi sekitar 20% lebih baik.
Selain itu, HUAWEI turut menambah baik suite sensor dan algoritma TruSense. Fokus kali ini ialah aktiviti berbasikal dan trail running, dengan ketepatan bacaan denyut nadi sehingga 98% untuk basikal dan 95% untuk trail run, walaupun jam bergegar di pergelangan tangan.
Lebih lanjut, Watch GT 6 menyokong sambungan ke pelbagai sensor pihak ketiga seperti heart-rate strap, cadence sensor, power meter dan speedometer. Bagi pengguna power meter ketika berbasikal, jam boleh memaparkan Functional Threshold Power (FTP) – tahap kuasa yang mampu dikekalkan selama sejam tanpa keletihan. Sistem positioning yang lebih baik juga membolehkan paparan statistik seperti real-time gradient, purata gradient dan julat gradient.
Menariknya, HUAWEI turut memperkenalkan virtual power meter yang pertama pada smartwatch, yang membolehkan paparan kuasa secara masa nyata walaupun tanpa peranti power meter sebenar. Ciri trackable group ride pula memudahkan anda menjejak lokasi dan status rakan berbasikal secara langsung.
Untuk peminat trail running dan golf, model Pro menambah vector map dengan keupayaan zoom hampir tanpa had, memudahkan anda melihat peta padang golf dengan lebih terperinci.
Dalam pada itu, HUAWEI juga menambah wheelchair mode, di mana algoritma dan metrik aktiviti diubah suai untuk pengguna kerusi roda. Contohnya, Activity Rings kini mengira putaran roda berbanding langkah kaki, dan pengiraan kalori serta tempoh aktiviti turut dioptimumkan.
Dari segi reka bentuk, siri Watch GT 6 menggunakan bahan seperti sapphire glass, badan aircraft-grade titanium alloy, dan bahagian belakang nanocrystal ceramic. Ia memiliki penarafan IP69 dan 5 ATM untuk ketahanan air, sesuai untuk selaman sehingga 40 meter.
HUAWEI Watch GT 6 Pro akan ditawarkan didalam warna Titanium (tali titanium), Brown (tali woven) dan Black (tali fluororubber) manakala Watch GT 6 46 mm pula hadir didalam warna Gray (tali vegan leather), Green (tali woven) dan Black (tali fluororubber. Watch GT 6 41 mm pula ditawarkan didalam warna Black, Purple, White, Brown dan Gold, dengan pilihan tali pelbagai material termasuk tali Milanese. Versi 41 mm turut mempunyai pivoting loop lugs untuk keselesaan pada pergelangan tangan yang lebih kecil.
Berikut adalah harga HUAWEI HUAWEI Watch GT 6 Series di Malaysia :
HUAWEI Watch GT 6 Pro – dari RM 1,299
HUAWEI Watch GT 6 41mm/46mm – dari RM 999
Setiap pembelian HUAWEI Watch GT 6 akan menerima hadiah percuma bernilai RM 446 yang termasuk HUAWEI FreeBuds 6i secara percuma dan tiga bulan langganan HUAWEI Health+.
Pra-pesan HUAWEI Watch GT 6 di HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee,HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop,







