HUAWEI Service Upgrade Program – Perkhidmatan Selepas Jualan Percuma sebagai penghargaan kepada pelanggan setia HUAWEI
Dalam usaha meningkatkan kepuasan pelanggan, HUAWEI telah memperkenalkan Service Upgrade Program khas untuk semua pemilik peranti HUAWEI di Malaysia.
Program ini direka bagi memberikan pengalaman selepas jualan yang lebih menyeluruh, dengan penekanan kepada kemudahan, perlindungan tambahan, serta pelbagai pilihan servis yang menyeluruh secara percuma.
Melalui inisiatif Service Upgrade ini, pemilik produk HUAWEI akan menerima 5 servis tambahan secara percuma yang bukan sahaja membantu anda berjimat malah memastikan peranti anda berada didalam keadaan yang tiptop!
Konsultasi Pakar Produk HUAWEI
Seperti berjumpa dengan doktor, telefon pintar atau tablet juga memerlukan konsultasi pakar dan HUAWEI memberikan pengguna setia mereka akses kepada pakar peranti yang menawarkan anda konsultasi percuma mengenai keadaan telefon pintar atau tablet HUAWEI anda yang termasuk sebarang isu bateri dan pelbagai masalah lain.
Pembersihan Percuma (Cleaning & Refresh)
HUAWEI mahu memastikan telefon pintar atau peranti audio HUAWEI (yang lebih sukar untuk dibersihkan) kekal bersih seperti pada hari pertama digunakan dan ketika kempen Service Upgrade Program ini, anda boleh membawa telefon pintar atau produk audio anda ke pusat servis HUAWEI yang berhampiran untuk menikmati pembersihan secara percuma yang termasuk pembersihan port pengecasan, speaker, skrin paparan dan banyak lagi.
Diagnosis Percuma
Langkah seterusnya didalam Service Upgrade Program ini adalah pakar HUAWEI akan melakukan ujian diagnostik pada telefon pintar, tablet atau jam tangan pintar HUAWEI untuk mengenal pasti sebarang isu prestasi atau bug yang ada dan mencadangkan penyelesaian yang boleh diambil.
Kemaskini Perisian
Bagi memastikan operasi telefon pintar adalah smooth & safe, telefon pintar HUAWEI anda harus memiliki perisian yang terkini dan Service Upgrade Program membolehkan anda menikmati perkhidmatan ini secara percuma.
Pengambilan & Penghantaran Peranti Percuma
Pusat Servis HUAWEI boleh dikatakan berada di setiap pelusuk negara dan mengunjungi salah satu yang pusat servis yang berhampiran anda membolehkan anda menikmati pengalaman terbaik yang ditawarkan pada Service Upgrade Program ini.
Lihat Pusat Servis HUAWEI yang berdekatan di dan buat temujanji anda sekarang di https://consumer.huawei.com/my/support/service-center/
Untuk pengalaman stor terbaik, pengguna boleh mengunjungi HUAWEI ASC Sunway Geo Avenue yang baru dibuka, di sini bukan sahaja boleh menikmati program ini, malah boleh mencuba peranti terkini keluaran HUAWEI.
Walaubagaimanapun, jika keadaan tidak mengizinkan, HUAWEI berbesar hati untuk menawarkan pengambilan dan penghantaran peranti HUAWEI anda secara percuma.
Lengkapkan pendaftaran bagi perkhidmatan postal produk HUAWEI anda di https://consumer.huawei.com/my/support/express-repair/
HUAWEI mahu memastikan setiap pelaburan pengguna pada produk mereka dilindungi sepenuhnya, sambil menambah nilai terhadap peranti yang dimiliki melalui kempen seperti Service Upgrade Program yang percuma sepenuhnya.
Kesimpulanya, HUAWEI Service Upgrade Program menawarkan pemilik produk HUAWEI keyakinan, penjagaan peranti dan kemudahan yang menjadikan pemilikan peranti HUAWEI suatu pengalaman yang diperibadikan.






