Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra – Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 1

HUAWEI Pura 80 Ultra MalaysiaPengenalan

HUAWEI Pura 80 Series telah dilancarkan secara rasmi dipasaran global dan kita di Malaysia telah menerima dua model iaitu HUAWEI Pura 80 dan HUAWEI Pura 80 Ultra.

HUAWEI Pura 80 Ultra adalah model yang telah sampai kepada kami untuk ulasan dan model flagship ini tampil dengan teknologi fotografi yang sudah pastinya membuka mata kebanyakkan pengeluar utama pasaran.

Pada harga RM 6,599, HUAWEI Pura80 Ultra berada setaraf pada kategori flagship Ultra malah turut hampir sama dengan beberapa telefon pintar foldable lain dipasaran. Dengan cipset kelas midrange dan tanpa sokongan 5G, Pura 80 Ultra berdepan tugas tegir untuk menyakinkan pengguna namun ulasan kami mungkin sedikit sebanyak membantu mereka membuat keputusan yang tepat.

Berikut adalah ulasan HUAWEI Pura 80 Ultra di Malaysia

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 2

Reka Bentuk

HUAWEI Pura 80 Ultra kelihatan sama seperti Pura 70 Ultra  namun dengan kamera segi tiga (reka bentuk Forward Design ) pada bahagian belakang dan sisi yang  melengkung di hadapan. Ia sememangnya telefon pintar premium namun kemasan kilat menjadikanya sebagai magnet capjari.

Selain itu, Pura 80 Ultra tampil dengan gelas perlindungan Crystal Armor Kunlun Glass generasi kedua, yang menawarkan rintangan calar sehingga 16 kali lebih baik dan rintangan jatuh pula adalah 25 kali lebih baik daripada generasi pertama yang digunakan pada Pura 70 Ultra.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 3

Seterusnya, panel belakang Pura 80 Ultra juga adalah kaca yang melengkung pada keempat-empat sisi, dengan kemasan berkilat dan pengguna di Malaysia boleh memilikinya didalam warna Prestige Gold atau Golden Black.

Lebih lanjut mengenai modul kamera ini, ianya adalah sangat tebal dan sudah pastinya menarik perhatian di khalayak ramai kerana rekaanya yang sangat menonjol.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 4

Tidak lupa juga, kerangka Pura 80 Ultra ini hadir dengan kemasan satin yang memiliki corak ‘brushed’ yang melengkapi panel hadapan dan belakang telefon pintar ini.

Bercakap mengenai perlindungan Ingress, HUAWEI Pura 80 Ultra memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68 dan IP69.

Akhir sekali, Pura 80 Ultra memiliki ukuran dimensi 163×76.1×8.3mm dengan berat 234 gram menjadikanya antara yang berat dipasaran namun ini lah pengorbanan yang harus dilakukan bagi melengkapkanya dengan inovasi kamera yang pertama kali ditawarkan di industri dan kapasiti bateri yang lebih besar.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 5

Skrin Paparan

HUAWEI Pura 80 Ultra hadir dengan paparan yang lebih baik m berbanding dengan panel yang digunakan pada Pura 70 Ultra. Ianya adalah panel LTPO OLED yang sama dengan ukuran 6.8-inci yang menyokong 1 bilion warna , kadar segar semula dinamik  kecerahan puncak telah panel baharu ini adalah 3,000nits dan terdapat juga  kaca Crystal Armor Kunlun generasi kedua.

HUAWEI Pura 80 Ultra menawarkan tiga tetapan kadar segar semula – Standard (60Hz), High (120Hz) dan Dynamic  kadar bingkai berubah-ubah sehingga 120Hz). Skrin berupaya menukar kadar bingkai secara dinamik antara 1Hz dan 120Hz berdasarkan kandungan yang dipaparkan pada skrin.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 6

Pemproses

HUAWEI Pura 80 Ultra dikuasakan oleh cipset Kirin 9020 berasaskan proses 7nm yang menampilkan konfigurasi CPU tri-cluster berkuasa tinggi . GPU yang digunakan ialah Maleoon 920, yang memberi prestasi grafik stabil untuk penggunaan harian dan multimedia, walaupun tidak setanding cipset flagship terkini dari Qualcomm atau Apple dalam tugasan gaming intensif jangka panjang.

Dari segi memori, Pura 80 Ultra hadir dengan 16GB RAM yang memastikan pengalaman multitasking kekal lancar, termasuk ketika menjalankan aplikasi kamera berasaskan AI atau kerja kreatif. Bagi storan, pengguna  hanya memiliki satu pilihan storan dalaman iaitu 512GB.

Penggunaan cipset Kirin 9020 menjadikan Pura 80 Ultra cukup berkuasa untuk penggunaan premium harian, terutama bagi mereka yang mengutamakan fotografi, produktiviti, dan kapasiti simpanan jangka panjang.

Antaramuka EMUI 15 terasa kemas dan responsif. Navigasi antara aplikasi berjalan lancar dengan animasi halus, manakala sokongan floating windows dan split-screen mode memudahkan multitasking.

HUAWEI juga menawarkan beberapa ciri AI pada Pura 80 Ultra. Antara ciri utama termasuk:

AI Messaging – sistem pintar yang menyembunyikan notifikasi mesej apabila ia mengesan orang lain sedang melihat skrin anda.

AI Calls – teknologi pembatalan hingar dua hala untuk menjadikan panggilan lebih jelas dalam persekitaran bising.

AI Kamera – termasuk AI Erase dan AI Retouch, memudahkan pengguna membuang objek tidak diingini dalam foto atau menambah baik potret dengan sentuhan automatik.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 7

Seperti peranti HUAWEI lain, Pura 80 Ultra tidak menyokong Google Mobile Services (GMS) secara rasmi. Sebagai gantinya, pengguna bergantung kepada AppGallery, yang kini semakin matang dengan lebih banyak aplikasi tempatan dan antarabangsa. Walaubagaimanapun, HUAWEI juga memudahkan pemasangan aplikasi berkaitan Google melalui sokongan pihak ketiga seperti GBox yang bermaksud aplikasi popular seperti YouTube, Gmail, dan Google Maps boleh digunakan dengan lancar.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 8

Kamera

HUAWEI Pura 80 Ultra dilengkapi dengan sensor utama bersaiz 1-inci yang menawarkan aperture boleh laras f/1.6 hingga f/4.0. Sokongan OIS (optical image stabilization) dan teknologi LOFIC memastikan hasil gambar dengan dynamic range sehingga 16 stop, sesuatu yang jarang ditemui dalam telefon pintar.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 9ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 10

Keunikan terbesar terletak pada modul telefoto dwi-fungsi. HUAWEI menggunakan prisma boleh alih untuk menggabungkan dua lensa periskop ke dalam satu sistem sensor:

3.7x (83 mm) f/2.4 – 50MP

9.4x (212 mm) f/3.6 – 12.5MP

Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan ruang, malah menghasilkan keupayaan zoom optikal yang konsisten tanpa kompromi terhadap kualiti imej.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 11
sensor ultrawide Pura 80 Ultra terbukti mampu mengambil gambar yang berkualiti tinggi

Selain itu, terdapat juga kamera ultra-wide 40MP dengan pemfokusan auto dan sudut pandang 13 mm, sesuai untuk merakam lanskap, seni bina, atau foto kumpulan.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 12

HUAWEI Pura 80 Ultra membuktikan bahawa syarikat ini masih menjadi pelopor dalam bidang fotografi mudah alih. Dengan sensor utama 1-inci, dynamic range luar biasa, serta sistem telefoto inovatif, telefon pintar ini sesuai untuk pengguna yang mahu mendapatkan hasil pengimejan terbaik tanpa perlu membawa kamera DSLR.

Secara keseluruhan, HUAWEI Pura 80 Ultra boleh diletakkan sebagai raja kamera telefon pintar tahun 2025, menetapkan standard baharu yang sukar ditandingi pesaing.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 2

Bateri

HUAWEI Pura 80 Ultra memiliki bateri berkapasiti 5,170mAh yang tidak sama dengan model dipasaran China dan ianya turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 100W SuperCharge serta pengecasan tanpa wayar 80W Wireless SuperCharge.

Jika pengecasan berwayar digunakan, bateri Pura 80 Ultra boleh dicaj ke tahap 100% didalam masa sekitar 48 minit dan pengecasan tanpa wayar pada kadar 80W pula memerlukan pad pengecasan 80W HUAWEI. ianya turut menyokong pengecasan berbalik berwayar pada kadar 18W manakala pengecasan berbalik tanpa wayar adalah pada kadar 20W.

Tidak lupa juga, Pura 80 Ultra menyokong Smart Charge – ia membaca cara pengecasan anda dan menurunkan kelajuan pengecasan sebaik sahaja ia mencapai 80% atau sehingga peratusan pengecasan lain yang di pilih.

ULASAN : HUAWEI Pura 80 Ultra - Inovasi pengimejan terbaru kini telah tiba 5

Penutup

Secara keseluruhannya, HUAWEI Pura 80 Ultra membuktikan kemampuan Huawei untuk terus memimpin inovasi, khususnya dalam bidang fotografi mudah alih. Dengan gabungan cipset Kirin 9020, memori luas, perisian berasaskan AI pintar, dan sistem kamera bertaraf dunia, ia menjadi pilihan tepat bagi pengguna premium yang mahukan peranti serba lengkap.

HUAWEI Pura 80 Ultra menonjol sebagai salah satu telefon pintar paling berkuasa dan sistem fotografi berinovasi pada tahun 2025.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.