Tablet paling serba boleh dengan pengalaman setaraf PC pada harga mampu milik – HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025
Mencari tablet yang fleksibel seperti gaya hidup anda? Sama ada untuk kerja, belajar, mencatat nota, melukis, atau sekadar menonton kandungan kegemaran, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) adalah teman produktiviti terbaik anda — ianya menawarkan prestasi setaraf PC pada rekaan yang nipis, ringan dan premium.
Berikut adalah 7 Sebab Bagaimana Anda Boleh Menikmati Pengalaman Tablet Seperti PC Sebenar dengan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025).
- Produktiviti Setaraf-PC
a) HUAWEI Smart Keyboard yang boleh ditanggalkan
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) tampil papan kekunci pintar HUAWEI (Bluetooth) bersama sokongan sambungan magnetik untuk penggunaan yang lebih fleksibel. Ianya tampil dengan rekaan genius yang menyokong dua mod penggunaan iaitu Split Form dan Laptop Form — papan kekunci pintar ini boleh dipasang atau ditanggalkan dengan mudah mengikut kesesuaian.
Selain itu, sambungan magnetik ini adalah ringan namun amat kukuh memastikan tablet ini mudah dibawa dan paling memberi kelegaan kepada bakal pemilik adalah ianya disertakan sekali dalam kotak pembelian (tidak perlu pembelian tambahan).
- Produktiviti Level-PC – WPS Office
a) Aplikasi WPS Setaraf PC
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) hadir dengan aplikasi WPS yang memiliki UI intuitif setaraf versi PC untuk pengalaman office yang cekap dengan WPS, Spreadsheet, Presentation, dan Excel yang hampir sama seperti pada desktop.
Selain itu, ianya turut disertakan dengan sokongan WPS Word Doc, PPT, dan Presentation yang ditawarkan secara percuma seumur hidup . Menariknya, anda juga boleh melakukan anotasi tulisan tangan pada fail PDF serta membuat tandatangan elektronik pada dokumen dengan mudah.
b) Multi-Window
Pengguna tablet terbaru HUAWEI ini kini boleh membuka maksimum sehingga dua tetingkap terapung dan tambahan dua lagi aplikasi pada mod ‘Split Screen’.
- Anti-Glare Eye Comfort Display
a) Paparan PaperMatte
Skrin paparan yang digunakan pada HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) ini mempunyai sifat anti-silau yang tinggi yang mampu menyingkirkan sehingga 99% cahaya persekitaran.
Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) juga memiliki panel yang mengeluarkan cahaya seperti cahaya semulajadi yang mengurangkan keletihan visual dengan teknologi Circular polarization.
Teknologi Circular polarization menukar cahaya terkutub linear asal daripada skrin menjadi cahaya terpolarisasi membulat yang lebih sekata, seperti cahaya matahari. Ini menyebarkan rangsangan cahaya pada mata yang lebih seragam.
Dengan teknologi ini, ia secara efektif mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh cahaya skrin dan menawarkan keselesaan serta pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan cahaya semula jadi.
Dalam pada itu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) adalah tablet yang telah menerima pengiktirafan rasmi daripada badan bertauliah dengan pensijilan seperti TÜV Rheinland Low Blue Light without Flicker, SGS Gold Standard 2.0, dan TÜV Rheinland Circular Polarization sekaligus meningkatkan standard untuk teknologi skrin pada tablet dan memberikan pengalaman menonton yang lebih selamat dan selesa.
- HUAWEI Notes dengan sokongan penuh HUAWEI M-Pencil (Gen-3)
HUAWEI Notes menawarkan pengguna kebebasan yang sama seperti menulis di atas kertas. Pengguna boleh menikmati pengambilan nota di mana-mana, pada bila-bila masa.
Selain itu, Aplikasi Notes pada HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition 2025 ini tampil dengan pelbagai ciri yang telah ditambah baik menjadikanya sebagai antara aplikasi nota terbaik pada tablet.
HUAWEI Notes menawarkan koleksi hampir 300+ Sticker, 120+ Cover dan 50+ Paper melalui Resource Centre yang ada pada aplikasi HUAWEI Notes dan terdapat pelbagai jenis berus untuk dipilih seperti pensel 2B, pen mata felt dan pen kaligrafi.
Lebih lanjut, pengguna juga boleh memasukkan imej, rakaman, tulisan tangan, dan teks, serta menggabungkan susun atur secara bebas untuk memudahkan bacaan dan pemahaman nota yang dikarang.
Selain itu, HUAWEI Notes juga membawakan ciri AI Handwriting yang telah ditambahbaik yang mengesan tulisan pengguna yang tidak kemas dan menyusun semula dengan cantik dan teratur. Iaya juga menawarkan ciri Magic Memos untuk pengambilan nota yang lebih mudah dan kreatif.
- Reka Bentuk yang Ringan & Bateri Tahan Lama
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) memiliki rekaan unibodi ‘all metal’ yang sangat premium dan elegan dengan profil yang nipis pada ukuran 6.1mm serta berat hanya 515 gram.
Walaupun ringan, Tablet terbaru HUAWEI ini memiliki bateri ultra nipis yang berkapasiti 10,100mAh dan ini meletakkan tablet ini sebagai model dengan kapasiti bateri tertinggi pada kelas harganya.
Bersama bateri ini, MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) juga membawakan sokongan pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar.
- Serlahkan Kreaviti Seni anda dengan Go Paint
Aplikasi GoPaint menampilkan simulasi kertas digital unik yang membolehkan pengguna menggunakan berbilang tekstur kertas mengikut gaya seni mereka dan melaraskan parameter tekstur dan bayang-bayang, mewujudkan pengalaman lukisan yang realistik pada tablet. Aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI ini menawarkan pengguna sokongan lukisan digital menggunakan pelbagai jenis berus seperti cat air, pensil, pen marker dengan hasil yang sangat professional dan realistik.
- Kesimpulan
Jika anda sedang mencari sebuah tablet serba boleh yang mampu memberikan pengalaman setaraf PC, HUAWEI MatePad 11.5 adalah pilihan ideal. Dilengkapi HUAWEI Smart Keyboard untuk kerja dan pembelajaran yang lancar di mana sahaja, ia turut menawarkan pengalaman catatan nota yang dipertingkat melalui HUAWEI Notes, paparan anti-glare bagi mengurangkan keletihan mata, serta rekaan ringan dengan jangka hayat bateri yang panjang — sempurna untuk produktiviti tanpa had. Tambahan pula, serlahkan kreativiti anda dengan aplikasi GoPaint yang disertakan secara percuma.
Tunggu apa lagi, dapatkan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) yang ditawarkan pada harga yang bermula dari RM 1,599 sahaja. Pra-pesan tablet anda sekarang dan dapatkan HUAWEI M-Pencil Gen-3 + PC Level WPS bernilai RM698 secara percuma.
🛒 Stor atas talian rasmi HUAWEI









