Nothing Phone (3) kini rasmi di Malaysia -guna cip Snapdragon 8s Gen 4 dan Glyph Matrix
Nothing Phone (3) adalah telefon pintar yang paling dinanti-nantikan tahun ini dan ia membawa reka bentuk semula yang menarik bersama Glyph Matrix – paparan LED monokrom yang terletak di penjuru kanan sebelah atas belakang peranti.
Glyph Matrix terdiri daripada 489 LED yang menyala secara individu, ia membuka dimensi baharu pemberitahuan dan utiliti. Skrin dot-matrix menunjukkan pemberitahuan masuk seperti ID pemanggil, mesej khusus aplikasi, animasi dan maklumat status sistem.
Bercakap tentang bahagian belakang, Nothing Phone(3) memiliki tiga sensor 50MP yang terdiri daripada sensor utama 1/1.3″ dengan OIS, sensor periskop 50MP bersamaan 70mm (penderia 1/2.75”) dengan zum optikal 3x dan keupayaan telemakro, membolehkan anda merakam objek dari jarak 10cm. sensor ketiga ialah lensa ultralebar 114˚50MP.
Nothing Phone (3) memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini memiliki kecerahan puncak sehingga 4,500 nits, dan ia dipasangkan dengan bezel sisi yang simetri dan 2160 PWM Dimming untuk . Terdapat juga sensor swafoto 50MP dan sensor cap jari terbina dalam skrin.
Selain itu, Nothing Phone(3) dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4c, yang dipasangkan dengan 12/16GB RAM dan storan 256/512GB.
Dalam pada itu, Nothing Phone (3) juga memiliki bateri karbon silikon 5,150mAh dengan pengecasan pantas 65W dan pengecasan tanpa wayar 15W. Ia juga menjadi telefon pintar Nothing untuk hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP68.
Beralih kepada perisian, ianya hadir dengan Nothing OS 3.5 yang berasaskan Android 15. Syarikat ini juga mengesahkan bahawa kemaskini OS 4.0 berdasarkan Android 16 akan datang penghujung suku ini. Ianya juga menjanjikan 5 tahun kemas kini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan.
Nothing Phone (3) akan ditawarkan di dalam warna hitam dan putih pada harga RM 3,299 bagi versi 12/256GB dan RM 3,799 bagi versi 16/512GB.
Pra-tempahan bermula 12 Julai dengan hadiah percuma seperti berikut :
- Nothing Ear (a)
- Nothing Tote Bag
- Nothing Cap
- Nothing Lanyard
- 1 tahun lanjutan waranti
Anda boleh mendapatkan potongan RM 300 melalui program trade-in Remobie.
Nothing Phone (3) akan mula dijual bermula 1 Ogos namun jualan awal terhad di CROSS OVER Sunway Pyramid akan berlangsung pada 19 Julai ini bermula jam 10 pagi. Dikatakan sebanyak 50 unit Phone (3) dan 50 unit Headphone (1) sedia untuk dibeli.







