Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,699

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,699 1

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,699 2

Selang dua hari selepas pelancaran rasmi, Nothing secara rasminya telah melancarkan Nothing Phone 3(a) dan Nothing Phone (3a) Pro untuk pasaran Malaysia 

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,699 3

Nothing Phone (3a) Pro

Nothing Phone (3a) Pro hadir dengan skrin paparan OLED (10-but) berukuran 6.77-inci yang memiliki kecerahan 1,300nits dan sokongan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3 bersama 8GB/12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Nothing Phone (3a) Pro memiliki sensor utama 50MP 1/1.56″ dengan aperture f/1.88 dan OIS, sensor telefoto periskop 50MP f/2.55 dengan 3x zoom optikal namun mampu mencapai 60x zoom dengan enjin TrueLens 3.0 dan AI dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 50MP f/2.2.

Dalam pada itu, Phone (3a) Pro ini memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 50W yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 19 minit sahaja.

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,699 4

Lain-lain ciri Nothing Phone (3a) Pro adalah Nothing Glyph yang menawarkan penampilan yang unik, penarafan IP65, butang Essential Key, Nothing OS 3.1 yang berasaskan Android 15, jaminan 3 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan.

Nothing Phone (3a) Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Grey dan Black dan pasaran Malaysia pada harga RM 1,999 bagi versi 12/256GB 

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,699 5

Nothing Phone (3a)

Nothing Phone (3a) juga hadir dengan skrin paparan OLED (10-but) berukuran 6.77-inci yang memiliki kecerahan 1,300nits dan sokongan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3 bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Selain itu, Nothing Phone (3a) memiliki sensor utama yang sama namun sensor telefoto periskop 3x yang digunakan pada Pro diganti dengan sensor telefoto 50MP yang biasa namun ianya menawarkan 2x zoom. Sensor ultrawide 8MP yang sama juga disertakan namun sensor selfie pada model ini adalah 32MP.

Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,699 6

Dalam pada itu, Phone (3a) juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 50W, penarafan IP64, Essential Key, 3 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini berkala.

Nothing Phone 3(a) akan ditawarkan didalam warna tiga warna iaitu Black, White dan Blue pada harga RM 1,699 bagi versi 12/256GB.

Di Malaysia, pengguna  berpeluang untuk menjadi antara yang pertama di dunia untuk membeli Phone (3a) Pro, bersama-sama dengan faedah dan tawaran eksklusif

Butiran penuh adalah seperti di bawah:
Alamat: CROSSOVER Sunway Pyramid: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Masa mula: 11:00 AM
Tarikh: Sabtu, 15 Mac.

Nothing Phone (3a) akan tersedia untuk prapesanan mulai 8 Mac, dengan ketersediaan umum mulai 22 Mac.

Nothing Phone (3a) Pro akan tersedia untuk prapesanan mulai 8 Mac, dengan ketersediaan umum bermula 7 April. Terdapat juga jualan terhad Nothing Phone (3a) Pro melalui nothing.tech mulai 22 Mac.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.