Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia pada 24 Julai ini

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 24 Julai ini 1

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 24 Julai ini 2HUAWEI baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI Pura 80 Series, di majlis pelancaran global yang telah berlangsung di Dubai. Ianya hadir untuk mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu.

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 24 Julai ini 3

Berikutan penampilan sulungnya di peringkat global, HUAWEI dengan juga telah mengumumkan bahawa Pura 80 Series akan tersedia di Malaysia tidak lama lagi, membolehkan pengguna tempatan merasai sendiri pencapaian teknologi terkini jenama itu.

Ketibaan Siri Pura 80 dalam pasaran Malaysia mencerminkan dedikasi berterusan HUAWEI untuk membawa inovasi bertaraf dunia kepada penggunanya di seluruh rantau ini.

Berdasarkan tinjauan kami di laman rasmi, HUAWEI dijangka akan menawarkan dua model untuk pasaran Malaysia iaitu Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra.

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 24 Julai ini 4

HUAWEI Pura 80 Pro

HUAWEI Pura 80 Pro hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.80-inci dengan resolusi FHD+. Ianya turut dikuasakan dengan cip Kirin 9020 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, HUAWEI Pura 80 Pro hadir dengan sensor utama 50MP jenis 1″ dengan apertur boleh ubah f/1.6-f/4.0 seperti pada Pura 80 Ultra. Ia dipasangkan dengan lensa telefoto bersamaan 93mm dengan zum optik 4x dan apertur f/2.1 yang lebih luas serta sensor ultralebar 40MP. Pura 80 Pro juga memiliki bateri 5,170 mAh dengan pengecasan pantas 66W.

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 24 Julai ini 5

HUAWEI Pura 80 Ultra

HUAWEI Pura 80 Ultra hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.83-inci dengan resolusi FHD+,  cip Kirim 9020 bersama 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Ianya juga memiliki bateri berkapasiti 5,170nAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan pantas tanpa wayar 80W.

HUAWEI Pura 80 Series dilancarkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 24 Julai ini 6

Huawei terus meneroka teknologi dalam fotografi, Pura 80 Ultra hadir dengan sensor telefoto periskop 1/1.28 inci (50MP) yang dipasang pada dua kanta . Anda mendapat telefoto pendek setara 83mm f/2.4 (3.7x) dengan resolusi 50MP dan 212mm f/3.6 (10x) untuk tangkapan lebih panjang yang meliputi 12.5MP. Huawei menambah motor tahap mikron yang bertukar antara dua kanta zoom, dengan keseluruhan komponen pada mekansima ini terdiri daripada lebih 140 komponen.

Dalam pada itu, sensor utama 50MP ini adalah sensor RYYB 1″, kanta apertur boleh ubah dengan 16 hentian julat dinamik. Sensor lain di bahagian belakang ialah sensor ultrawide 40MP bersamaan 13mm.

Rakyat Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk merasai era baharu pengimejan dan reka bentuk mudah alih ini kerana HUAWEI Pura 80 Series akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Julai inj. Bagi yang berminat, anda juga boleh membuat deposit sekarang di mana-mana HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop, untuk menerima baucar eksklusif dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan HUAWEI Care+ bernilai satu tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.