Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V5 akan tiba sebagai foldable ternipis didunia – program ujian beta kini dibuka

HONOR Magic V5 akan tiba sebagai foldable ternipis didunia - program ujian beta kini dibuka 1

HONOR Magic V5 akan tiba sebagai foldable ternipis didunia - program ujian beta kini dibuka 2

Kita kini berada di pertengahan kedua bagi tahun 2025 dan pengeluar telefon pintar HONOR dilihat bakal memperkenalkan telefon pintar foldable HONOR Magic V5 tidak lama lagi.

Bagi menghangatkan detik-detik sebelum pelancaran, HONOR telah membuat pengumuman bahawa Magic V5 akan hadir ke pasaran sebagai telefon pintar foldable ternipis didunia dengan ukuran 8.8mm iaitu 0.4mm lebih nipis berbanding Magic V3.

Kenipisan telefon pintar boleh lipat ini sememangnya mengagumkan dengan ketebalan setanding syiling 50 sen atau jenama biskut tempatan. berukuran 9.2mm. Walaupun lebih nipis, HONOR Magic V5 masih mengekalkan prestasi unggul tanpa menjejaskan perkakasan, kuasa mahupun keupayaan keseluruhannya.

Selain itu, HONOR juga telah mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi antara pasaran terawal untuk menerima telefon pintar boleh lipat terbaru syarikat ini.

HONOR Magic V5 akan tiba sebagai foldable ternipis didunia - program ujian beta kini dibuka 3

Daftar Sebagai HONOR Magic V5 Beta Experiencer Sekarang!

Pada masa sama, HONOR juga mempelawa penggemar teknologi untuk menjadi antara yang pertama di negara ini mencuba dan menilai HONOR Magic V5. Dengan mendaftar sebagai peserta, mereka akan mendapat peluang unik untuk membuat penilaian proses pembangunan peranti ini secara langsung.

Pendaftaran untuk program HONOR Magic V5 Beta Experiencer telah dibuka melalui laman sesawang HONOR Malaysia. Peserta yang disenarai pendek dan menepati kriteria akan dihubungi oleh kakitangan HONOR. 

Nantikan pengumuman tarikh rasmi pelancaran HONOR Magic V5 di Malaysia tidak lama lagi. 

Pendaftaran untuk Program HONOR Magic V5 Beta Experiencer: https://www.honor.com/my/shop/new-product-beta/ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.