Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cipset Samsung Exynos 2500 diumumkan secara rasmi sebelum pelancaran Galaxy Z Series

Cipset Samsung Exynos 2500 diumumkan secara rasmi sebelum pelancaran Galaxy Z Series 1

 

Cipset Samsung Exynos 2500 diumumkan secara rasmi sebelum pelancaran Galaxy Z Series 2Samsung secara rasminya telah mengumumkan cipset flagship terbaru syarikat ini iaitu Exynos 2500 yang akan digunakan pada Galaxy Z Flip7 yang mungkin dilancarkan pada bulan Julai.

Exynos 2500 direka pada nod 3nm Gate All Around (GAA) terbaharu Samsung untuk kecekapan kuasa yang dipertingkatkan dan menggunakan pempakejan baharu – pakej Wafer Fan-Out atau FOWLP. Ini membolehkan ketebalan cip yang dikurangkan dan pelesapan haba yang lebih baik.

Cipset Samsung Exynos 2500 diumumkan secara rasmi sebelum pelancaran Galaxy Z Series 3

Selain itu, CPU ini mempunyai reka bentuk 10-teras (deka-teras) dengan susunan 1+7+2. Realitinya, ia adalah 1+2+5+2 kerana teras pertengahan dibahagikan kepada dua untuk mengurangkan penggunaan kuasa. Samsung mendakwa prestasi “big corr” adalah 15% lebih tinggi.

Seterusnya, GPU yang disertakan ialah Xclipse 950, grafik berasaskan AMD generasi keempat dan harus mampu menawarkan kadar FPS 28% lebih tinggi dalam permainan yang menyokong ‘ray-tracing’ .

Chipset terbaharu juga membawa kelajuan yang ketara kepada NPU – tugas AI kini boleh memanfaatkan sehingga 59 TOPS, 39% lebih daripada yang ditawarkan oleh Exynos 2400.

Cipset Samsung Exynos 2500 diumumkan secara rasmi sebelum pelancaran Galaxy Z Series 4

Lebih lanjut, Samsung turut mempertingkatkan sokongan sensor kamera – Exynos 2500 kini menyokong pemprosesan imej berasaskan AI untuk sensor sehingga 320MP. Foto boleh diambil dengan pengurangan hingar berbilang lapisan dan Mampatan Julat Dinamik (DRC). Blok video boleh merakam pada resolusi 8K pada sehingga 30 fps. Main balik video  sehingga 8K 60fps dan menampilkan penyahkodan AV1.

Kesambungan lain termasuk Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4. Samsung juga mengatakan bahawa ia telah menambah baik antara muka GNSS analog (untuk kedudukan global).

Akhir sekali, cip Exynos 2500 kini telah memulakan fasa pengeluaran dan dijangka akan digunakan pada Samsung Galaxy Z Flip7 yang akan dilancarkan seawal bulan Julai.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.