HUAWEI MatePad Pro 12.2″(2025) : Pengalaman seakan PC, reka bentuk bijak untuk urusan dan profesional yang aktif bergerak

HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Jun dan tablet flagship terbaru syarikat ini telah sampai ke tangan kami sebelum pelancaran rasmi yang membolehkan kami peluang istimewa untuk menerokai ciri produktiviti termajunya yang melangkaui PC tradisional.
HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)merupakan tablet flagship terbaharu daripada HUAWEI yang tampil dengan rekaan kreatif genius, sebuah tablet setaraf PC yang boleh digunakan didalam tiga senario kegunaan yang berbeza :
- Sebuah PC dengan papan kekunci yang mempunyai stylus dan WPS Office setaraf PC untuk produktiviti – senario ini sudah pastinya amat dihargai oleh ahli perniagaan atau profesional yang perlu bekerja semasa dalam perjalanan.
- Tablet flagship HUAWEI ini juga boleh berfungsi sebagai pad lukisan dengan keupayaan lukisan minyak 3D pada aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI iaitu GoPaint
- Sebuah tablet dengan Paparan Tandem OLED PaperMatte yang menakjubkan — sesuai untuk menonton filem walaupun di bawah cahaya terang dengan ciri anti-silaunya.
GENIUS Keyboard & Ruang storan Stylus
HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) ini tampil dengan papan kekunci GENIUS yang turut mempunyai storan stylus yang tersembunyi. Ianya diperbuat daripada bahan mesra kulit eksklusif dengan tekstur premium. Malah coretan kanak-kanak boleh dipadan serta-merta, tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Selain itu, penggunaan HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) bersama papan kekunci GENIUS ini memberikan pengguna pengalaman setaraf PC dimana ianya menawarkan papan kekunci saiz penuh, touchpad dan pintasan (shortcut) seperti pada PC.
Teknologi Nearlink
Dalam pada itu, papan kekunci GENIUS yang ditawarkan bersama HUAWEI MatePad Pro 12.2″(2025) hadir dengan teknologi NearLink yang merupakan teknologi yang diperintiskan oleh HUAWEI pada tahun 2023 dan syarikat ini merupakan pengguna eksklusif teknologi perhubungan futuristik ini.
NearLink merupakan teknologi perhubungan 6x lebih pantas berbanding teknologi Bluetooth. Kebaikan NearLink ini tidak habis begitu sahaja, ianya juga 60% lebih cekap tenaga, mampu kekal berhubung dengan peranti pada jarak 2x ganda lebih jauh, latensi lebih rendah dan boleh disambungkan pada 10 aksesori serentak.
WPS Office – Setaraf seperti pada PC
Aplikasi Office setaraf PC – HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) juga menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC (PC- Level WPS Office) iaitu WPS Office yang ditawarkan secara percuma dan eksklusif kepada pengguna HUAWEI. Ianya hadir dengan antaramuka yang sama seperti pada komputer riba untuk hasil kerja yang profesional dengan ciri seperti Top & bottom Toolbar, multi-tab dan PPT-Slide Sorter.
Selain itu, UI yang ditawarkan pada WPS Office juga hampir sama seperti pada PC seperti ikon tetikus, Generate Charts (Excel – Chart dan banyak lagi.
Lebih lanjut, HUAWEI MatePad 12.2″ 2025 juga menyokong ciri Live-multitask dimana pengguna boleh membuka sehingga tiga aplikasi serentak seperti Zoom Meeting + Google + HUAWEI Notes menjadikanya sebagai peranti multitasking yang luar biasa. Ketika mesyuarat, HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)juga menyokong ciri perkongsian ‘Mirror to Monitor ‘ selain turut menyokong pembukaan fail bersaiz besar.
Paparan Optimum Tandem OLED PaperMatte
Sama ada anda bekerja di kafe yang diterangi cahaya matahari atau membaca e-mel lewat malam, HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)dibina untuk berkembang maju dalam mana-mana persekitaran. Paparan PaperMatte anti-silau tablet ini meminimumkan pantulan sambil menyampaikan visual warna yang terang, memastikan pengalaman menonton yang jelas dan selesa — supaya anda boleh kekal fokus dan produktif.
Berbanding dengan skrin standard, HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)memberikan pengalaman visual cemerlang di bawah pencahayaan dalaman, cahaya malap dan juga silau yang teruk. Ianya turut dilengkapi dengan teknologi perintis HUAWEI iaitu teknologi Anti-Sparkle, mengurangkan ‘screen flicker’ , mengurangkan kecelaruan mata dan memberikan pengalaman menulis seperti pada kertas sebenar, menjadikannya sesuai untuk kerja pejabat yang berpanjangan atau tugas kreatif.
Tunjang kepada teknologi ini adalah dua lapisan Tandem OLED Papermatte yang inovatif, memberikan kecerahan maksima sehingga 2,000-nit yang terkemuka dalam industri — sesuai untuk keterlihatan dalam apa jua keadaan. Reka bentuk canggih ini menawarkan 3x jangka hayat berbanding paparan OLED tradisional dan pada penggunaan kuasa 33% lebih rendah, menjadikannya tahan lama dan cekap. Dipasangkan dengan lapisan PaperMatte, HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)menawarkan visual yang tajam, cemerlang serta pengalaman menulis dan membaca seperti kertas, mentakrifkan semula perkara yang boleh diharapkan oleh profesional daripada paparan sebuah tablet.
HUAWEI Notes dengan sokongan penuh HUAWEI M-Pencil (Gen-3)
HUAWEI Notes untuk menawarkan kebebasan sama seperti menulis di atas kertas. Pengguna boleh menikmati pengambilan nota di mana-mana, pada bila-bila masa.
Selain itu, Aplikasi Notes pada HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)ini tampil dengan pelbagai ciri yang telah ditambah baik seperti berikut :
- AI Handwriting Enhancement
- Resource Center
- Magnifier
- Lasso Tool
- Import atau Eksport fail dengan mudah
HUAWEI Notes dijangka mampu memenuhi gaya dan pilihan yang berbeza, membolehkan pengalaman mencatat nota yang lebih interaktif dan menarik lebih-lebih lagi dengan penggunaan bersama HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3) yang dikuasakan dengan teknologi NearLink.
HUAWEI M-Pencil (Gen-3) ini menawarkan ketepatan dan tahap responsif gred profesional, menyokong sehingga 10,000 tahap kepekaan tekanan untuk latensi yang sangat rendah dan penulisan lebih lancar.
Aplikasi GoPaint – Kini dengan Sokongan Lukisan Cat minyak 3D
Jika anda seorang pelukis digital, aplikasi GoPaint mungkin akan menjadi teman setia anda kerana aplikasi lukisan digital yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI ini adalah antara yang terbaik dipasaran.
Menariknya, HUAWEI sentiasa mengemaskini aplikasi lukisan digital ini dengan ciri baharu dan yang terbaru adalah berus lukisan cat minyak 3D, Frame-by-frame animation tools, Splatter Brush, Fluid Brush TrueColor Brush dan kanvas 8K.
Rekaan Premium Nipis & Jangka Hayat Bateri Luar Biasa!
HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) adalah sebuah tablet yang direka untuk menawarkan portabiliti tahap maksima dan ianya memiliki berat kurang dari 1kg, lebih ringan dari mana-mana komputer riba dipasaran.
Walaupun tampil dengan rekaan nipis dan premium, HUAWEI MatePas Pro 12.2″ masih memiliki bateri berkapasiti 10,100mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge untuk mencapai pengecasan penuh didalam masa 55 minit sahaja.
Kembali kepada rekaan, HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) hadir didalam warna Green yang tampil dengan lapisan optik yang inovatif seakan sutera, menggunakan teknologi untuk menghasilkan kemasan mirip keindahan seni.
Jadi antara yang pertama untuk memiliki HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) serba baharu ini yang merupakan tablet revolusioner yang memberikan pengalaman peringkat PC yang tiada tandingan. Ianya juga memiliki pelbagai teknologi baharu seperti HUAWEI Genius Keyboard dengan sokongan penuh PC-level WPS Office, paparan Tandem OLED PaperMatte termaju dipasaran dan direka khas untuk golongan profesional dan pencipta kandungan yang sentiasa bergerak.
Dapatkan HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) pada harga RM 3,599 yang mana jika anda membuat pra-tempahan dari 18 Jun sehingga 27 Jun anda akan menerima hadiah percuma seperti HUAWEI M-Pencil 3rd Gen RM699, HUAWEI Mouse RM149, HUAWEI Backpack RM199, HUAWEI SoundJoy2 RM699 dan PC Level WPS RM299.
Jangan lupa untuk membayar deposit RM 50 di HUAWEI Store yang akan menjadi RM 150 apabila anda membuat pembayaran penuh.
Tunggu apa lagi, pastikan anda tidak terlepas untuk membuat pra-tempahan HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025)kerana hadiah percuma yang ditawarkan mempunyai nilai yang hampir sama seperti harga produk terbaru HUAWEI ini.
Dapatkan HUAWEI MatePad 12.2” (2025) di :
🛒 Stor Atas Talian Rasmi HUAWEI
🛒 Stor Rasmi HUAWEI Malaysia di Shopee
🛒 Stor Flagship HUAWEI di Lazada