Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X6c kini rasmi di Malaysia dengan pelbagai ciri AI – harga RM 599 sahaja

HONOR X6c kini rasmi di Malaysia dengan pelbagai ciri AI - harga RM 599 sahaja 1

HONOR X6c kini rasmi di Malaysia dengan pelbagai ciri AI - harga RM 599 sahaja 2

HONOR telah mengesahkan bahawa telefon pintar HONOR X6c telah mula ditawarkan di Malaysia . Ianya menggabungkan pengalaman pengguna yang berteraskan AI, jangka hayat bateri yang lebih berkuasa, ketahanan luar biasa, dan prestasi lancar. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan warga emas, kanak-kanak, dan remaja.

Terus ke spesifikasi, HONOR X6c hadir dengan skrin paparan TFTLC berukuran 6.61-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menampilkan teknologi Keselesaan Mata HONOR, termasuk Mod E-book, Pemalapan DC, Mod Perlindungan Mata dan Pemalapan Dinamik, untuk membantu mengurangkan ketegangan mata semasa sesi membaca atau menonton video yang lama.

HONOR X6c kini rasmi di Malaysia dengan pelbagai ciri AI - harga RM 599 sahaja 3

Selain itu, telefon pintar ini dikuasakan cip Helio G81 Ultra bersama 8GB RAM + 8GB HONOR RAM Turbo, storan dalaman 256GB dan Magic OS 9.0 yang berasaskan Android 15.

Seterusnya, X6c juga memiliki butang AI yang boleh boleh disesuaikan untuk membuka sehingga enam aplikasi, seperti WhatsApp, YouTube, TikTok, atau pun HONOR Notes. Menekan lama pada Butang AI akan melancarkan aplikasi Google Lens, membolehkan kamera digunakan untuk menterjemah, mencari maklumat atau membantu kerja ruma

Ke bahagian kamera, HONOR X6c hadir dengan sensor utama 50MP bersama sensor auxiliary manakala kamera selfie adalah 5MP. Ianya juga membawakan ciri suntingan foto berasaskan AI seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Beauty.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki bateri berkapasiti 5300mAh dengan pengecasan 35W HONOR SuperCharge, penarafan IP64, pensijilan premium SGS untuk tahan jatuhan dan hentakan.

HONOR X6c kini ditawarkan di HONOR Experience Stores di seluruh negara di dalam warna Ocean Cyan dan Midnight Black pada harga RM599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.