Infinix GT 30 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Mei ini

Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran global telefon pintar Infinix GT 30 Pro akan berlangsung di Malaysia pada 21 Mei ini.
Infinix kekal dengan komitmennya untuk terus memperkasa dan memupuk senario esport Malaysia yang berkembang pesat sebagai rakan kongsi permainan rasmi untuk musim 15 dan 16 Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia. GT 30 Pro ialah penjelmaan sebenar pemacu jenama untuk penambahbaikan dan inovasi tanpa henti – direka untuk pemain yang menuntut responsif puncak, prestasi yang konsisten dan kelebihan untuk menguasai kedua-dua arena kasual dan profesional.
Selain itu, Infinix GT 30 Pro juga telah disahkan akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 5G, skrin paparan 1.5K 144Hz AMOLED dan RGB Mechanical Light Waves.
Nantikan pelancaran Infinix GT 30 Pro pada 21 Mei ini