HONOR 400 Series akan hadir dengan ciri AI Image To Video pertama didunia

HONOR baru-baru ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar HONOR 400 Series akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan syarikat ini kini telah mengumumkan satu ciri AI yang pasti mencuri tumpuan pengguna.
HONOR 400 telah disahkan sebagai telefon pintar pertama di dunia dilengkapi teknologi revolusioner AI Image To Video. HONOR menerusi kerjasama dengan Google Cloud memperkenalkan teknologi inovatif yang mampu menghasilkan pergerakan jelas pada imej biasa dalam bentuk video.
Selain itu, Siri HONOR 400 bukan sekadar merakam detik, tetapi mampu menghidupkan kembali memori pengguna. Ciri baharu AI Image To Video membolehkan AI HONOR secara pintar menghasilkan pergerakan pada subjek, mengubah setiap imej statik kepada video MP4 pendek berdurasi lima saat. Pengguna boleh memilih untuk menyunting video tersebut dalam format 16:9 atau 9:16.
Menariknya, ciri AI Image To Video membuka peluang yang menakjubkan untuk mengimbau kembali pelbagai jenis kenangan.
Selain Image To Video, HONOR 400 Series juga dilengkapi dengan banyak ciri penyuntingan AI bertaraf profesional seperti AI Eraser, AI Outpainting, AI Cutout, AI Upscale dan Moving Photo Collage bagi pengguna mengedit, memadam, meluas dan memperbaiki gambar mereka dengan pantas dan mudah.
Akhir sekali, HONOR 400 Pro akan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black, manakala HONOR 400 pula akan dipasarkan dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.