Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini

Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini 1

Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini 2

Samsung telah mengesahkan bahawa ahli keluarga baharu Galaxy S25 Series iaitu Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini.

Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini 3

Sebagai sebuah telefon pintar ‘Slim’, Galaxy S25 Edge dijangka akan tampil dengan rekaan yang nipis namun ianya turut akan membawakan spesifikasi yang setaraf flagship dan ini termasuk sensor 200MP (wide) serta Galaxy AI.

Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mei ini 4

Selain itu, bersama pengesahan ini, Samsung juga mendakwa bahawa Galaxy S25 Edge adalah lebih daripada sebuah telefon pintar ‘slim’. Setiap lengkung, kontur dan komponen mencerminkan kejayaan dalam kejuruteraan yang tepat untuk memberikan pengalaman premium yang sesuai dengan Galaxy S Series.

Jangan lupa saksikan pelancaran rasmi Samsung Galaxy S25 Edge pada 13 Mei ini di samsung.com (jam 8 pagi waktu Malaysia).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.