vivo V50 Lite kini rasmi di Malaysia dengan bateri BlueVolt 6,500mAh

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V50 Lite di Malaysia selepas membawa masuk vivo V50 pada pertengahan bulan Mac yang lalu.
Terus ke spesifikasi, vivo V50 Lite hadir dengan skrin paparan ‘flat’ AMOLED berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima mencecah 1,300nits. Ianya dikuasakan cip Dimensity 6300, 8GB/12GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB.
Seterusnya, vivo V50 Lite memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan kamera selfie 32MP dengan aura screen light.
Beralih kepada bateri, vivo V50 memiliki bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh bersama pengecasan pantas 90W FlashCharge. Bateri ini juga didakwa mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% pengecasan walaupun selepas 5 tahun pengunaan.
Lain-lain ciri vivo V50 Lite adalah ColorOS 15 yang berasaskan Android 15 , penarafan IP65, dual stereo speaker dan pelbagai ciri AI.
vivo V50 Lite akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Phantom Black, Fantasy Purple dan Titanium Gold pada harga RM 1,299 bagi versi 8/256GB, RM 1,499 bagi versi 12/256GB dan RM 1,699 bagi versi 12/512GB.
Setiap pembelian vivo V50 Lite dari 29 April sehingga 9 Mei akan menerima diskaun RM 100, vivo Buds dan waterproof duffle bag. Ianya akan turut hadir dengan 2 tahun waranti, 5 tahun waranti bateri, waranti antarabangsa, 1 tahun waranti skrin retak dan 180 hari pertukaran peranti one-to-one.