Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : vivo V50 Lite – Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 1

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 2

Pengenalan

Susulan pelancaran vivo V50 pada pertengahan bulan Mac yang lalu, vivo telah kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar V50 Series iaitu vivo V50 Lite.

Jika vivo V50 tampil dengan fokus kepada “Next Level Portrait ” yang turut melibatkan kepakaran ZEISS yang mendalam pada bahagian kamera, vivo V50 Lite pula dilihat mempertaruhkan kapasiti bateri BlueVolt yang luar biasa.

Selain itu, walaupun memiliki kapasiti bateri yang berkapasiti tinggi, vivo V50 Lite masih memiliki rekaan yang premium dan nipis hampir sama seperti vivo V50 yang boleh diangkat sebagai antara telefon pintar V Series yang paling cantik pernah dilancarkan.

vivo V50 Lite telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,299 dan berikut adalah ulasan kami mengenai telefon pintar ini.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 3

Reka Bentuk

vivo V50 Lite menampilkan reka bentuk yang nipis dan premium walaupun dianya memiliki bateri yang berkapasiti tinggi. vivo berjaya mengekalkan ketebalan telefon pintar ini pada ukuran dibawah 8mm atau 7.79mm secara terperinci.

Selain itu, jika vivo V50 mempunyai rekaan yang sedikit ‘curved’, vivo V50 Lite pula adalah telefon pintar yang menampilan rekaan yang ‘flat’ pada semua sisi yang termasuk kerangka. Kerangka vivo V50 Lite memiliki kemasan yang berkilat dan ini akan memperlihatkan kesan calar dan capjari namun kami pasti ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakkan pengguna sudah pasti akan memakai casing.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 4

Beralih kepada panel belakang, V50 Lite memiliki rekaan modul kamera ‘ Premium Diamond’ yang memanjang yang menempatkan dua sensor kamera bersama lampu aura light.

Seterusnya, vivo V50 Lite juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP65 yang membolehkanya terdedah kepada pancutan air bertekanan tinggi tanpa sebarang masalah namun ianya tidak boleh ditenggelamkan sepenuhnya didalam air.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 5

Dalam pada itu, vivo V50 Lite juga telah menerima pensijilan SGS Five-Star Drop Resistance dan pensijilan gred tentera, melalui teknologi Comprehensive Cushioning Structure dan reinforced Shield Glass yang  secara kolektif meningkatkan daya tahan V50 Lite terhadap penggunaan harian, menawarkan pengguna peranti lebih kukuh dan tahan lasak.

Bercakap mengenai berat, dengan bateri BlueBolt 6,500mAh, vivo V50 Lite mempunyai berat 197 gram yang mana ianya tidak terlalu berat atau tidak terlalu ringan.

Secara keseluruhannya, vivo V50 Lite memberikan pengguna sebuah telefon pintar yang mempunyai penampilan premium dan ketebalan kurang 8mm adalah sesuatu yang patut diberikan pujian mengambil kira bateri yang digunakan.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 6

Skrin Paparan

vivo V50 Lite tampil dengan saiz skrin yang sama seperti pada vivo V50 namun panel gelas yang digunakan pada versi Lite ini adalah panel flat. Ianya adalah panel AMOLED berukuran 6.77-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima (HBM) 1,300nits.

Selain itu, skrin paparan vivo V50 Lite ini juga memiliki saiz bezel yang agak nipis pada sisi namun ukuran bezel ini sedikit berbeza dimana saiz ‘dagu’ adalah sedikit besar berbanding bezel sisi.

Seterusnya, vivo V50 Lite menawarkan tiga kadar segar semula iaitu Smart Switch – sistem akan memilih kadar segar semula yang sesuai mengikut kandungan (60Hz,90Hz,120Hz) ,Standard (60Hz) dan High (120Hz).

Selain itu, vivo V50 juga tampil dengan beberapa ciri yang dikenali sebagai Smart Screen seperti Raise to wake, Double-tap to wake, Double-tap to turn off dan keep screen on while looking (menggunakan sensor kamera selfie).

Dalam pada itu, panel skrin vivo V50 Lite ini juga memiliki  ciri perlindungan mata yang membolehkanya turut menerima pensijilan SGS Low Blue Light.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 7

Pemproses

vivo V50 Lite dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 yang merupakan cipset kelas pertengahan yang mampu memberikan pretasi penggunaan harian yang memuaskan.

Bersama cip daripada MediaTek ini, ianya juga disertakan dengan 8GB atau 12GB RAM (LPDDR4X) + 12GB Extended RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB (UFS 2.2). Ianya juga beroperasi pada Funtouch OS 15 yang berasaskan Android 15 dan dijangka akan menerima 3 tahun kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Selain itu, vivo juga menjamin bahawa vivo V50 Lite mampu menawarkan pretasi tanpa lag sehingga 5 tahun yang sama seperti ianya digunakan pada hari pertama.

Beralih kepada ciri yang ditawarkan pada telefon pintar ini, vivo V50 Lite membawakan ciri Live Text – pengecaman teks dan pengekstrakan daripada imej atau dokumen yang memudahkan penyuntingan pantas dan perkongsian kandungan merentas platform dan  AI Screen Translation – menyokong 132 bahasa, membolehkan akses pantas melaluio side baruntuk terjemahan serta merta,  memudahkan komunikasi dalam senario seperti ketika melancong.

Lebih lanjut, vivo V50 Lite juga membawa Circle to Search with Google yang pasti anda tahu kegunaanya namun Google Gemini tidak dipra-muat pada telefon pintar.

Selain itu, vivo V50 Lite juga memiliki ciri AI SuperLink  yang memastikan pengguna sentiasa mempunyai  dalam isyarat komunikasi yang kukuh, memastikan tiada  gangguan isyarat dalam lif dan tempat letak kereta bawah tanah untuk meneruskan panggilan anda tanpa gangguan.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 8

Kamera

vivo V50 Lite memiliki sistem kamera yang turut mendapat sokongan AI dan ianya menggunakan sensor utama 50MP IMX882 yang menawarkan peningkatan cahaya dengan ketara untuk menghasilkan gambar yang jelas secara stabil pada waktu siang dan malam.

Bersama sensor 50MP ini adalah sensor ultrawide 8MP yang mempunyai 120° FoV sesuai untuk gambar kumpulan yang besar atau landskap. Kamera selfie pula adalah 32MP yang memberikan hasil selfie yang cukup memuaskan dan terdapat juga Aura Screen light untuk hasil selfie waktu malam yang lebih baik.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 17

Bateri

kekuatan terbesar vivo V50 Lite ini adalah pada bateri sesuai dengan slogan telefon pintar ini iaitu Cas Sekali, Tahan Berhari-hari.

vivo V50 Lite hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh yang turut menjanjikan jangka hayat bateri yang melebihi 80% kapasiti asal walaupun selepas 1,700 kitaran pengecasan atau sekitar 5 tahun penggunaan.

Antara ciri yang membantu ketahanan bateri BlueVolt vivo V50 Lite ini adalah ciri AI Sleep Mode yang mengoptimumkan proses pengecasan dengan mempelajari tabiat pengecasan harian pengguna dan melaraskan pengecasan kelajuan untuk melambatkan penuaan bateri dan Lightweight OS – meningkatkan lagi hayat bateri dengan meramalkan keperluan pengguna dan mengurangkan tugas latar belakang yang tidak perlu.

Dalam pada itu, vivo V50 Lite juga hadir dengan teknologi pengecasan gred flagship iaitu 90W FlashCharge yang mampu memberikan 20% pengecasan didalam masa 9 minit , 50% didalam masa 23 minit dan 53 minit untuk pengecasan 100% . Ianya juga memiliki ciri Zero-Power Superfast Startup yang memastikan pembukaan segera peranti dalam tiga saat apabila mengecasnya dengan pengecas tulen vivo.

ULASAN : vivo V50 Lite - Memang betul cas sekali, tahan berhari-hari 6

Penutup

vivo V50 Lite telah mengubah prespsi bahawa telefon pintar yang memiliki bateri berkapasiti tinggi terpaksa mengorbankan aspek lain terutamanya rekaan.

Walaupun memiliki bateri yang besar, vivo V50 Lite masih mampu tampil bergaya dan ini adalah satu kelebihan telefon pintar ini.

Anda boleh mendapatkan vivo V50 Lite di vivo estore pada harga dari RM 1,299 sehingga RM 1,699.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai promosi pelancaran vivo V50 Lite di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.