HONOR Malaysia sahkan pelancaran HONOR 400 Lite di Malaysia tidak lama lagi

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa HONOR 400 Lite akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.
Pengumuman ini menyusul selepas HONOR baru-baru ini telah mengesahkan bahawa HONOR akan melancarkan sebuah telefon pintar midrange ‘iPhone Killer’ pada harga yang berpatutan.
Selain itu, berdasarkan video teaser yang dikongsikan di Facebook HONOR Malaysia, 400 Lite ini dilihat memiliki dua sensor kamera (satu adalah sensor 108MP) dibelakang namun paling mencuri tumpuan adalah satu butang dibahagian sisi bawah telefon pintar ini.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan apakah fungsi butang ini namun jika HONOR 400 Lite ini dilancarkan sebagai iPhone Killer, ianya mungkin mempunyai fungsi yang sama seperti apa yang ditawarkan oleh Apple.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai HONOR 400 Lite ini.