Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite – F7 Pro turut dilancarkan

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 1

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 2

POCO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship POCO F Series mereka di pelancaran global yang berlangsung di Singapura dan terdapat dua model yang dilancarkan iaitu POCO F7 Pro dan POCO F7 Ultra yang merupakan telefon pintar Ultra pertama syarikat ini.

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 3

POCO F7 Pro

POCO F7 Pro tidak lagi mempunyai gelaran sebagai model premium didalam POCO F Series namun ianya hadir dengan spesifikasi yang berkuasa pada harga lebih berpatutan.

Terus ke spesifikasi, POCO F7 Pro hadir dengan skrin paparan 2K Flow AMOLED DotDisplay berukuran 6.67-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 3,200nits, sensor capjari ultrasonic,  dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 7i.

Dari segi cipset, POCO F7 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang masih merupakan antara cipset berkuasa tinggi. Ianya juga di sertakan dengan 12GB RAM LPDRR5X dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB (UFS 4.1) serta HyperOS 2.0 yang berasaskan Android 15.

Bagi meningkatkan kepuasan gaming pada F7 Pro, telefon pintar ini juga hadir dengan WildBoost Optimization 4.0 dan sistem penyejukan LiquidCool Technology 4.0 dengan 3D Dual-channel IceLoop System.

Seterusnya, F7 Pro hadir dengan sensor utama 50MP Light Fusion 800 yang memiliki aperture f/1.6 dan OIS, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan kamera selfie 20MP.

Dalam pada itu, POCO F7 Pro juga memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan 90W HyperCharge, penarafan kalis air dan habuk IP68, NFC, dual stereo speaker dan IR Blaster.

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 4

POCO F7 Pro akan ditawarkan di Malaysia didalam tiga pilihan warna iaitu Black, Silver dan Blue pada harga RM 2,299 bagi versi 12/256GB dan RM 2,499. Dapatkan POCO F7 Pro pada harga promosi iaitu RM 2,039 (12/256GB) dan RM 2,139 (12/512GB) mulai hari ini sehingga 9 April 2025.

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 5

POCO F7 Ultra

Memperkenalkan model ultra pertama daripada POCOiaitu POCOF7 Ultra yang dikuasakan cipset flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite.

POCO F7 Ultra hadir dengan skrin paparan 2K Flow AMOLED DotDisplay berukuran 6.67-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksima 3,200nits, sensor capjari ultrasonic,  dan lapisan gelas keselamatan POCO Shield Glass.

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 6

Bersama cip Snapdragon 8 Elite, POCO F7 Ultra juga di sertakan dengan 12GB RAM LPDRR5X dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB (UFS 4.1) serta HyperOS 2.0 yang berasaskan Android 15.

Bagi meningkatkan kepuasan gaming pada F7 Ultra, telefon pintar ini juga hadir dengan WildBoost Optimization 4.0 dan sistem penyejukan LiquidCool Technology 4.0 dengan 3D Dual-channel IceLoop System.

Seterusnya, F7 Pro hadir dengan sensor utama 50MP Light Fusion 800 yang memiliki aperture f/1.6 dan OIS, sensor telefoto 50MP 2.5x dengan OIS, sensor ultrawide 32MP f/2.2 dan kamera selfie 32MP.

Dalam pada itu, POCO F7 Ultra juga memiliki bateri 5,300mAh dengan pengecasan 120W HyperCharge , 50W wireless HyperCharge, penarafan kalis air dan habuk IP68, NFC, dual stereo speaker dan IR Blaster.

POCO F7 Ultra dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite - F7 Pro turut dilancarkan 7

POCO F7 Ultra akan ditawarkan di Malaysia didalam dua pilihan warna iaitu Black dan Yellow pada harga  RM 2,999 bagi versi 12/256GB dan RM 3,299 bagi versi 12/512GB. Dapatkan POCO F7 Ultra pada harga promosi iaitu RM 2,699 (12/256GB) dan RM 2,899 (12/512GB) berserta Xiaomi 50W Wireless Charging bagi pembelian dari hari ini sehingga 9 April 2025.

Dapatkan POCO F7 Series di  mi.com atau melalui stor rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Jom Baca ulasan : POCO F7 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.