ULASAN : HUAWEI FreeArc – meneruskan legasi FreeClip dalam dunia audio open-ear

Pengenalan
HUAWEI FreeArc, sebuah earbus open-ear terbaru daripada HUAWEI yang merupakan variasi kedua fon telinga open-ear yang memberikan keselesaan maksima bagi pengguna yang mahu menikmati muzik tanpa henti.
Selepas kejayaan luar biasa HUAWEI FreeClip, HUAWEI FreeArc adalah earbuds yang mempunyai falsafah rekaan yang hampir sama namun mempunyai ‘hook’.
Selain itu, HUAWEI FreeArc ini bukan lah sesuatu yang baru dipasaran dan syarikat ini akan bersaing dengan seteru dari tanah besar seperti Xiaomi OpenWear Stereo dan HONOR Earbuds Open.
Seterusnya, rekaan FreeArc dengan ‘hook’ atau penyangkut pada bahagian cuping telinga menjadikanya sangat ideal kepada golongan yang aktif bersenam dengan tujuan adalah untuk mendengar muzik namun sedar keadaan sekeliling seperti ketika berbasikal, pelari dan banyak lagi.
Rekaan
HUAWEI FreeArc mengambil insipirasi dari rekaan C-bridge yang diperkenalkan pada HUAWEI FreeClip namun pada model ini ianya adalah lebih tebal dan lasak. Ianya juga menawarkan penarafan kalis air dan habuk IP57 yang menjadikanya sangat ideal untuk aktiviti kecergasan berintensiti tinggi.
Mereka menggunakan kerangka titanium yang lembut, bersalut silikon, fleksibel untuk mencangkuk perlahan-lahan di sekeliling telinga seperti cermin mata, meninggalkan bahagian pembesar suara terapung betul-betul di permukaan lubang telinga.
Selain itu, HUAWEI FreeArc menampilkan rekaan yang terdiri daripada tiga bahagian (Optimal Triangle Design) iaitu Lengan anjal yang melengkung secara semula jadi seperti bahagian luar telinga dan pembesar suara terletak di pusat jisim keseluruhan fon telinga, mengurangkan goyang dan membantu menghalangnya daripada beralih semasa larian.
Seterusnya, FreeArc juga kekal kukuh dan selesa di tempatnya sepanjang ulasan kami, tanpa rasa seperti memakai penyepit yang ketat, walaupun semasa senaman yang lasak dan kayuhan berangin. Ianyanjuga disalutiti silikon mesra kulit jadi yang tidak akan merengsakan telinga anda walaupun ianya dipakai sepanjang hari.
Dalam pada itu, seperti earbuds open-ear yang lain, FreArc sudah pastinya mengorbankan kualiti bunyi – bagi memberikan anda 100% kesedaran tentang apa yang berlaku disekeliling dan ianya sudah tentu lebih selamat, terutamanya untuk kegunaan luar yang sentiasa mempunyai risiko tertentu.
Ciri-ciri HUAWEI FreeArc
HUAWEI FreeArc memiliki pemacu 17 × 12 mm yang memberikan anda kualiti audio yang cukup baik dan ianya juga hadir dengan teknologi reverse sound waves system yang terbina yang membolehkan bunyi dihantar secara terus ke arah saluran telinga yang menawarkan pengalaman muzik penuh privasi. AI Crystal -clear calls pula memastikan pengalaman membuat atau menjawab panggilan adalah baik walaupun pada persekitaran bising dengan teknologi dual mic layout dan triple noise cancellation.
Selain itu, HUAWEI FreeArc juga memiliki sambungan Bluetooth yang kukuh dengan menggunakan penyelesaian inovatif daripada HUAWEI iaitu dual-resonator antenna yang membolehkan sambungan kekal kukuh pada ruang pejabat berkeluasan 100m² atau balapan 400 meter.
Seterusnya, HUAWEI FreeArc juga membawakan ciri Dual-device connection yang membolehkan FreeArc disambungkan kepada dua peranti serentak tidak kira ianya pada platform iOS, Android atau Windows.
Lebih lanjut, FreeArc juga menyokong ciri Audio Sharing yang mana anda boleh menyambungkan tambahan sepasang lagi FreeArc untuk menikmati muzik yang sama bersama kawan-kawan.
Untuk menyempurnakan pengalaman peranti pendengaran terbaru HUAWEI ini, pastikan anda memuaturun aplikasi AI Life yang tersedia pada platform Android dan iOS.
Jangka Hayat Bateri
HUAWEI FreeArc memiliki bateri berkapasiti 510mAh pada bekas pengecasan yang mampu memberikan sehingga 28 jam waktu pendengaran atau sehingga 7 jam pendengaran dengan berbekalkan bateri berkapasiti 55mAh pada earbuds.
Selain itu, FreeArc juga menyokong pengecasan pantas dimana 10 minit pengecasan memberikan 3 jam waktu pendengaran manakala pengecasan penuh bekas pengecasan mengambil masa 60 minit.
Agak mengecewakan adalah pengecasan tanpa wayar tidak disokong bagi earbuds terbaru HUAWEI ini.
Penutup
Secara keseluruhan HUAWEI FreeArc adalah satu lagi alternatif kepada pengguna yang mahu menikmati muzik pada persekitaran yang lebih selamat dan selesa. Ianya tampil dengan ‘hook’ yang bermaksud anda tidak perlu risau samada ianya akan kekal pada satu tempat ketika melakukan aktiviti seperti berbasikal atau berlari.
HUAWEI FreeArc kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 didalam tiga pilihan warna iaitu Green, Black, dan Grey.
Dapatkan HUAWEI FreeArc di stor rasmi HUAWEI Malaysia.