HUAWEI Smart Band 10 akan tiba di Malaysia pada 24 Mac ini dengan sokongan bayaran QR TnG eWallet – dari RM 189

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam kecergasan HUAWEI Band 10 akan mula dijual di Malaysia pada 24 Mac ini dengan harga dari RM 189 sahaja.
HUAWEI Smart Band 10 hadir dengan rekaan kerangka aluminium aloi bersama tali jam fluoroelastomer yang mesra kulit dan boleh dipakai sepanjang hari.
Jam kecergasan ini juga hadir dengan paparan AMOLED berukuran 1.4-inci bersama pelbagai rekaan watch face, 100 mod kecergasan, mod renang, Enhanced Sleep Analysis, Emotional Wellbeing Assistant, bacaan kadar degupan jantung dan SpO2.
Selain itu, Smart Band 10 juga merupakan jam pertama yang menyokong pembayaran QR Touch n Go eWallet, menawarkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari dan boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS.
HUAWEI Band 10 akan mula ditawarkan dari 24 Mac 2025, dimana versi yang tampil dengan kerangka Polymer didalam warna Black & Pink akan ditawarkan pada harga RM189 manakala versi dengan kerangka Aloi Aluminium Matte Black, Purple, White, Blue, Green pula akan ditawarkan pada harga RM219. Pengguna yang berminat boleh menebus baucar istimewq bernilai RM40 yang tersedia hanya untuk pembelian dalam talian sekarang.
Maklumat lanjut di : https://consumer.huawei.com/my/wearables/band10/