Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : vivo V50 – lebih dari sekadar ‘Pro’ Portrait

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 1

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 2

Pengenalan

vivo V Series adalah siri telefon pintar midrange popular daripada syarikat ini yang mengutamakan teknologi  potret terbaik menggunakan kamera utama dan kamera selfie.

Menarik tahun ini, vivo V50 hadir dengan slogan “Next Level Portrait ” yang turut melibatkan kepakaran ZEISS yang mendalam pada bahagian kamera.

Selain itu, vivo V50 juga hadir dengan rekaan yang sangat sangat nipis dan elegan menjadikanya antara telefon pintar V-Series yang paling cantik pernah dikeluarkan.

Tanpa melengahkan masa, ini adalah ulasa vivo V50 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 3

Reka Bentuk

vivo V50 menampilkan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun ianya dipertingkatkan dengan sentuhan astetik yang menjadikanya lebih premium.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 4

Selain itu, siri V yang baharu ini juga mempamerkan etos reka bentuk yang canggih melalui modul kamera Dual Ring yang menampilkan ukiran corak berlian matte  yang digabungkan dengan potongan  pada bahagian luar gelung yang memberikan imej yang mewah.

Seterusnya, vivo V50 pada tahun ini tampil didalam tiga warna iaitu Satin Black, Mist Purple dan semestinya warna Ancora Red yang merupakan warna ‘panas’ bagi generasi kali ini.

Ancora Red adalah berinspirasikan warna lembah batu pasir yang pasti akan memikat hati dengan kesan visualnya dari pandangan pertama. Warna merah burgundy kaya ini menggabungkan daya tarikan dinamik yang turut melambangkan kematangan dan keanggunan yang sinonim dengan gaya Itali.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 5

Dalam pada itu, telefon pintar terbaru vivo ini juga hadir sebagai telefon pintar ternipis dipasaran untuk memiliki bateri 6,000mAh dan ianya juga tampil dengan bezel sisi yang nipis bersama skrin yang mempunyai lengkungan 41° yang diadun sempurna dengan panel belakang yang memberikan cengkaman dengan berat sekitar 189 gram.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 6

Seterusnya, vivo V50 juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69 yang memberikan perlindungan kalis air yang lebih menyeluruh dan ini turut ditawarkan oleh kebanyakkan telefon pintar dipasaran yang termasuk telefon pintar kelas entry level. Penarafan ini bermaksud vivo V50 akan kekal kalis air pada kedalaman sehingga 1.5 meter untuk tempoh 30 minit dan ianya juga boleh ditembak pada air bertekanan tinggi.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 7

Secara keseluruhanya, vivo V50 meningkatkan gaya  sebuah telefon pintar yang semakin lama menjadi lambang gaya dan fesyen seseorang. Warna Ancora Red adalah warna yang ‘bold’ dan ini mampu memberikan pengguna penampilan yang lebih yakin dan berani.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 8

Skrin Paparan

vivo V50 hadir dengan skrin paparan Quad Curved berukuran 6.77-inci yang merupakan panel OLED (1.07 bilion warna) dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ dan kecerahan maksima mencecah 4,500nits.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 9

Selain itu, panel skrin vivo V50 ini juga dilapisi gelas keselamatan Shield Glass yang menawarkan perlindungan jatuhan yang komprehensif dan tahan lasak. Gelas keselamatan ini juga telah menerima penarafan 5 bintang SGS Overall Unit Drop Resistance.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 10

Bercakap mengenai kadar segar semula, anda boleh menetapkan tiga tetapan kadar segar semula iaitu Smart Switch yang berubah mengikut kandungan pada skrin, Standard yang menawarkan kadar 60Hz sepanjang masa dan High yang menetapkan kadar 120Hz untuk operasi yang lebih lancar  dan dinamik.

Seterusnya, panel skrin yang digunakan vivo V50 ini juga menerima SGS low blue light certification dan terdapat juga ciri anti-fatigue brightness yang mana kecerahan skrin akan dilaras mengikut tempoh aktif skrin untuk mengurangkan kelesuan mata.

Dalam pada itu, bezel skrin vivo V50 ini adalah nipis dan ianya simetri pada kesemua sisi yang menambahkan lagi imej premium telefon pintar ini.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 11

Pemproses

vivo V50 hadir dengan cipset kelas midrange daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 7 Gen 3 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 15% manakala prestasi GPU pula adalah 50% lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Selain cip Snapdragon 7 Gen 3, vivo V15 juga hadir dengan 12GB RAM bersama tambahan 12GB Extended RAM Technology dan Sistem penyejukan pintar dengan jumlah kawasan pelesapan haba 25489mm², dan mengurangkan suhu teras untuk memastikan prestasi tinggi yang berkekalan dan stabil.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 12

Seterusnya, vivo V50 juga dikuasakan dengan Funtouch OS 15 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri AI dan turut menawarkan jaminan bahawa telefon pintar ini akan berfungsi dengan lancar dan sempurna untuk tempoh 5 tahun.

Beralih kepada AI, vivo V50 hadir dengan ciri AI seperti Call and Screen Translation dimana vivo Live Call Translation mampu menawarkan terjemahan kepada 7 bahasa utama yang memudahkan perhubungan merentasi bahasa dan sempadan. AI Screen Translation pula menyokong 132 bahasa, dan boleh diakses pantas melalui sidebar untuk terjemahan serta merta yang meningkatkan kecekapan komunikasi dalam senario seperti pelancongan antarabangsa.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 13

Selain itu, vivo V50 juga membawa ciri AI seperti AI Transcript Assist, Circle to Search with Google, Live Text dan Google Gemini.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 14

Seterusnya, Funtouch OS 15 juga telah dipertingkatkan lagi, dengan sumber bahan reka bentuk baharu lseperti wallpaper (statik, mengasyikkan dan video wallpaper), Theme, Icon, Clock Widget , Animasi Pengecaman capjari, Call background dan paparan Always On yang mempamerkan keindahan semula jadi dan dinamik.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 15

Kamera

vivo V50 dilengkapi dengan sistem pengimejan yang dibangunkan ZEISS, menjadikanya sebagai peranti flagship potret terbaik tahun ini. Bagi V50, vivo dan ZEISS menentukan semua kriteria yang diperlukan untuk mencapai kualiti optik ZEISS dan standard prestasi pengimejan, menawarkan ZEISS All Main Camera dengan kualiti imej yang luar biasa.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 16

vivo V50 hanya memiliki dua sensor dibahagian belakang  namun kedua-dua sensor 50MP ini dilihat mampu memenuhi keperluan fotografi pengguna. Ianya adalah  sensor utama 50MP ZEISS OIS dan sensor ultrawide ZEISS 50MP serta Aura Light.

Sensor utama vivo V50 adalah sebuah sensor bersaiz 1/1.55″ yang mampu memberikan cabaran kepada sensor flagship lain dipasaran. Bersama sensor flagship

ZEISS ini, ianya turut dilengkapi teknologi vivo Camera-Bionic Spectrum technology dan CIPA 4.0 DSLR-Level Stabilization untuk pretasi kamera yang terbaik tanpa mengira keadaan persekitaran.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 17

Dalam pada itu, sensor ultrawide 50MP vivo V50 ini memiliki FoV 119° yang turut disertakan bersama algoritma AI Group Portrait yang membolehkan anda mengambil gambar potrait berskala besar sehingga 30 orang pada satu gambar. Sensor ini juga amat ideal untuk mengambil gambar landskap yang menawarkan pengalaman visual yang imersif melalui kanta lebar.

Beralih kepada kamera selfie, vivo V50 juga dilengkapi satu lagi kamera selfie 50MP dengan 92° FoV dan memiliki ciri AI Facial Contouring dan terdapat juga pemfokusan auto.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 18

Seterusnya, kerjasama dengan ZEISS juga membolehkan vivo V50 tampil dengan pelbagai filter portrait yang boleh diambil pada beberapa ‘focal length’ seperti 23mm (1x), 35mm (1.5x) dan 50mm (2.2x).

Dalam pada itu, pengaruh AI pada fotografi yang disertakan pada vivo V50 adalah AI Eraser 2.0 yang lebih cekap untuk mengesan subjek atau objek yang perlu dipadam dari gambar selain ciri Live Cutout.

Bercakap mengenai video, vivo V50 hadir dengan kemampuan merakam video 4K pada semua sensor kamera.

Secara keseluruhanya, sistem kamera vivo V50 kini bukan hanya mampu meliputi aspek fotografi portrait malah telefon pintar ini kini boleh dikatakan sebagai peranti yang menawarkan teknologi fotografi setaraf flagship pada harga yang lebih mesra poket.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 38

Bateri

vivo V50 tampil dengan bateri BlueVolt berkapasiti 6,000mAh yang merupakan teknologi bateri silikon karbon generasi kedua. Bersama bateri berkapasiti tinggi ini, vivo 50 juga disertakan dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang menawarkan pengecasan 0-100% didalam masa 58 minit sahaja.

Selain itu, vivo juga mendakwa bahawa bateri V50 ini mampu mengekalkan tahap ketahanan bateri yang baik walaupun selepas 4 tahun penggunaan.

ULASAN : vivo V50 - lebih dari sekadar 'Pro' Portrait 39

Penutup

Secara keseluruhanya vivo V Series pada tahun ini tampil lebih sempurna dimana ianya adalah ikon fesyen dengan warna bergaya seperti Ancora Red selain kemampuan fotografi yang lebih menyeluruh dengan sistem kamera ZEISS.

Pada harga dari RM 1,999, vivo V50 adalah antara telefon pintar kelas midrange yang pasti menarik perhatian pengguna yang mahu sebuah telefon pintar serba lengkap yang turut memiliki ciri potret yang menyeluruh dan bateri tahan lama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.