Pandang Pertama : Samsung Galaxy A56 5G – telefon pintar terbaik Galaxy A Series

Samsung Galaxy A Series telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini dan syarikat gergasi Korea ini mempertaruhkan tiga model Galaxy A yang mempunyai daya tarikan yang unik.
Tiga model yang kami maksudkan adalah Samsung Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G pada harga yang amat kompetitif dan penawaran pelbagai AI yang diberi nama Awesome Intelligence.
Model tumpuan kita adalah Galaxy A56 5G yang memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik namun telefon pintar ini juga mempunyai kemampuan yang hebat pada aspek lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Galaxy A56 5G, jom baca pandang pertama kami bagi telefon pintar yang ditawarkan pada harga dari RM 1,999 ini.
Prestasi kelas flagship dengan Cip Exynos 1580
Samsung Galaxy A56 5G hadir dengan cip premium setaraf flagship keluaran syarikat ini sendiri iaitu Exynos 1580 yang diperbuat melalui proses fabrikasi 4nm yang meningkatkan prestasi pengkomputeran dan kecekapan penggunaan kuasa. Ianya juga disertakan dengan GPU Xclipse 540 yang 37% lebih cekap tenaga berbanding generasi sebelum ini.
Dalam pada itu, Samsung juga telah mengumumkan komitmen untuk menawarkan 6 kemaskini OS Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan berkala daripada Google.
Kapasiti RAM setaraf flagship Galaxy S Series
Samsung Galaxy A56 5G yang dikuasakan cip Exynos 1580 turut disertakan dengan kapasiti RAM yang kini setaraf siri flagship Galaxy S iaitu 12GB dan ini sudah pastinya melancarkan lagi operasi telefon pintar walaupun pada tugas berat dan multitasking. Ianya juga memiliki storan dalaman 256GB namun terdapat juga versi 8/128GB bagi anda yang mahu memiliki peranti ini pada harga kurang dari RM 2,000.
Rekaan unik dan tahan lasak
Jika tahun-tahun sebelum ini, Galaxy A Series sentiasa mewarisi rekaan Galaxy S Series, lain pula ceritanya tahun ini, Samsung telah memperkenalkan rekaan modul kamera yang selari dengan ‘linear design’ dan ianya turut diperkukuhkan kerangka keluli dan lapisan gelas keselamatan Gorilla Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang serta penarafan kalis air dan habuk IP67.
Bateri 5,000mAh & Super Fast Charge 2.0 (45W)
Samsung Galaxy A56 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan teknologi pengecasan Super Fast Charge 2.0 pada kadar 45W , dipertingkatkan dari 25W pada generasi sebelum ini yang membolehkan pengecasan penuh dicapai dalam masa kurang satu jam.
Sistem Kamera Lebih baik
Samsung Galaxy A56 5G menampilkan penggunaan sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor makro 5MP. Samsung juga telah menambahbaik pelbagai aspek penggunaan kamera yang termasuk kelajuan pengambilan gambar yang lebih pantas (shutter speed) dan kamera selfie 12MP HDR. Ianya turut menawarkan ciri AI Best Face yang hanya ditawarkan pada Galaxy A56 5G dan Galaxy S Series.
Dapatkan Galaxy A56 5G sekarang!
Samsung Galaxy A56 akan hadir didalam warna Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, dan Awesome Pink pada harga RM 1,999 bagi versi 6/128GB dan RM 2,199 bagi versi 12/256GB.
Sempena promosi pelancaran dari 18 Mac sehingga 31 Mac, Samsung turut menawarkan rebat bernilai RM 200 dan ganjaran bernilai sehingga RM 429 yang termasuk storan bernilai RM 200, 1 tahun lanjutan waranti, ebaucar bernilai RM 100 dan sehingga 30% diskaun bagi pembelian PWP produk Galaxy yang terpilih.
Dapatkan Samsung Galaxy A56 5G di Samsung Online Store