realme C75x kini rasmi di Malaysia – telefon pintar lasak mampu milik

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar realme C75x di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.
Selain itu, realme C75x hadir dengan penarafan rintangan habuk dan air IP66, IP68, IP69 serta kalis jatuhan gred kententeraan hasil penggunaan ArmorShell yang teguh, rintangan hentakan 360°, dan bingkai aluminium die-cast.
Seterusnya, telefon pintar mampu milik realme ini juga memiliki skrin paparan Eye Comfort Display 120Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD+, cip Helio G81 Ultra, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Beralih kepada kamera, realme C75x ini hadir dengan sensor utama AI 50MP, sensor sampingan dan kamera selfie 5MP. Ianya juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W.
realme C75x akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Coral Pink dan Oceanic Blue pada harga RM 599 bermula 8 Mac dimana setiap pembelian akan turut menerima tempered glass Techlife dan waranti tambahan selama 1 Tahun.