Xiaomi 15 turut dilancarkan secara rasmi – dari RM 3,499

Selain Xiaomi 15 Ultra, Xiaomi 15 juga telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global di pentas MWC sebentar tadi.
Xiaomi 15 memiliki skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.36-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 3,200nits. Ianya juga memiliki lapisan gelas keselamatan Xiaomi Shield Glass pada kerangka Xiaomi Guardia Structure dan penarafan IP68.
Beralih kepada cipset, Xiaomi 15 juga hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite bersama 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB atau 512GB (UFS 4.0). Ianya turut membawakan HyperOS 2.0 dengan pelbagai ciri HyperAI seperti AI Writing , AI Speech Recognition, AI Creativity Assistant, AI Image Enhancement,AI Image Expansion,AI Eraser Pro,AI Reflection Removal, AI Magic Sky, and AI Film.
Beralih kepada kamera, Xiaomi 15 memiliki sistem kamera Leica yang terdiri dari sensor utama 50MP LYT-900 dengan OIS, sensor telefoto 50MP JN5 (60mm) dengan OIS dan sensor ultrawide 50MP JN1. Kamera selfie adalah 32MP.
Dalam pada itu, Xiaomi 15 hadir dengan bateri 5,240mAh dengan pengecasan 90W HyperCharge dan 50W wireless HyperCharge. Ianya juga memiliki pembesar suara stereo, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan NFC.
Xiaomi 15 kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 3,499 bagi varian 12/256GB dan RM 3,699 bagi varian 12/512GB. Setiap pra-tempahan akan menerima Xiaomi Watch S4 secara percuma dan ganjaran seperti berikut :
- Waranti lanjutan 1 tahun
- Penggantian Skrin dalam masa 6 bulan
- 1 pembaikan tanpa kos buruh dalam tempoh 1 tahun
- Perkhidmatan VIP (telefon ganti, pengambilan di rumah)
- 6 bulan langganan Google one
- 4 bulan langganan Spotify
- Lounge Premium Lapangan Terbang (Dragon Pass)
- Rebat RM 100