Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi – dari RM 5,199

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi - dari RM 5,199 1

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi - dari RM 5,199 2

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi 15 Ultra untuk pasaran global di MWC sebentar tadi.

Xiaomi 15 Ultra hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite yang disertakan dengan 16GB RAM LPDDR5X bersama storan dalaman UFS 4.1 berkapasiti  512GB atau 1TB. Cipset ini menawarkan sehingga 45% peningkatan prestasi dan 52% lebih cekap tenaga.

Beralih kepada bateri, ianya adalah bateri berkapasiti 5,410mAh. Ianya menawarkan pengecasan pantas 90W dan 80W pengecasan tanpa wayar.

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi - dari RM 5,199 3

Ke skrin paparan, Xiaomi 15 Ultra akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.73-inci dengan resolusi 3200x1440px, kadar segar semula 1-120Hz dan kecerahan maksima sehingga 3,200nits.

Beralih kepada warna ,Xiaomi 15 Ultra hadir dalam warna Black atau White dan special Silver Chrome Edition. Bingkai Xiaomi 15 Ultra ini adalah aluminium buatan CNC manakala kacanya ialah Xiaomi Shield Glass 2.0 dengan rintangan jatuh yang dipertingkatkan sebanyak 16 kali ganda.

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi - dari RM 5,199 4

Seterusnya, Xiaomi 15 masih mengekalkan sistem kamera quad Leica dan secara teori ia sangat serupa – anda mempunyai sensor wide, telefoto jarak dekat, telefoto jarak jauh dan ultrawide.

Sensor utama adalah 50MP Sony LYT-900 jenis 1 inci yang sama dengan lensa 23mm, namun pada tahun ini, ia memiliki aperture f/1.63z. Sensor zoom jarak dekat adalah sensor IMX858 1/2.51 inci  dengan lensa 70mm f/1.8. Sensor ultrawide pada generasi Ultra ini adalah sensor JN5 14mm dengan aperture f/2.2.

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi - dari RM 5,199 5

Perbezaan terbesar, dan peningkatan terbesar adalah sensor zoom 100mm f/2.6 baharu. Ia memuatkan sensor 200MP Samsung HP9 1/1.4-inci yang sama dengan sensor seperti yang digunakan pada vivo X100 Ultra dan X200 Pro. Xiaomi mendakwa sensor ini mampu menyerap lebih cahaya iaitu sehingga 136% lebih banyak. Pada bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto  32MP 21mm f/2.0.

Dalam pada itu, Keempat-empat kamera belakang mampu merakam video 8K pada kadar 30fps, manakala semua kamera, termasuk swafoto, mampu merakam video 4K pada kadar sehingga 60fps – kamera telefoto utama dan 100mm juga merakam video 4K pada kadar sehingga 120fps.

Selain itu, Xiaomi 15 Ultra beroperasi pada HyperOS 2 yang berasaskan Android 15 dengan HyperAI dan syarikat ini juga menjanjikan sehingga 4 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Xiaomi 15 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,199 bagi versi 16GB/512GB dan RM 5,699 bagi versi 16GB/1TB.

Xiaomi 15 Ultra telah dilancarkan secara rasmi - dari RM 5,199 6

Dari 2 hingga 7 Mac, pra-tempah Xiaomi 15 Ultra dan dapatkan hadiah premium PERCUMA bernilai sehingga RM 3,300 termasuk Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend  Edition  sementara stok masih ada. Pelanggan juga akan menerima ganjaran tambahan seperti berikut :

  • Waranti lanjutan 1 tahun
  • Penggantian Skrin dalam masa 6 bulan
  • 1 pembaikan tanpa kos buruh dalam tempoh 1 tahun
  • Perkhidmatan VIP (telefon ganti, pengambilan di rumah)
  • 6 bulan langganan Google one
  • 4 bulan langganan Spotify
  • Lounge Premium Lapangan Terbang (Dragon Pass)
  • Rebat RM 100

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.