Samsung Galaxy A36 dan Galaxy A26 turut rasmi – rekaan premium dan 6 tahun update Android
Selain Galaxy A56 5G Samsung turut telah melancarkan Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G yang memiliki skrin paparan yang sama dan bateri 5,000mAh.
Samsung Galaxy A36
Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A36 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 1,200nits (HBM). Ianya dilapisi gelas keselamatan Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang bersam kerangka polikarbonat.
Selain itu, Galaxy A36 ini hadir dengan pemproses Snapdragon 6 Gen 3 bersama 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ianya juga memiliki vapor chamber yang mempunyai saiz yang sama seperti pada Galaxy S24+.
Galaxy A56 ini juga hadir dengan One UI 7 yang akan menerima 6 tahun kemaskini Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala. Ianya juga disertakan dengan beberapa ciri Galaxy AI seperti Circle to Search, Object Eraser dan banyak lagi.
Seterusnya, Galaxy A36 ini hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor makro 5MP f/2.4 manakala kamera selfie adalah 12MP f/2.2. Kesemua kamera ini beroperasi dengan algoritma yang dikuasakan AI.
Dalam pada itu, Galaxy A36 5G memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W yang sama seperti pada peranti flagship Galaxy S Series iaitu Super Fast Charge 2.0 yang mampu memberikan 65% pengecasan didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 68 minit.
Akhir sekali, Samsung Galaxy A36 akan hadir didalam warna Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, dan Awesome Lime namun harga belum diumumkan.
Samsung Galaxy A26
Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A26 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 1,200nits (HBM). Walaupun ianya mempunyai ukuran yang sama, panel Galaxy A26 ini mempunyai notch dan tidak mempunyai sensor capjari dalam skrin.
Selain itu, Galaxy A26 ini juga memiliki gelas keselamatan Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang bersama kerangka polikarbonat.
Selain itu, Galaxy A26 ini hadir dengan pemproses Exynos 1380 bersama 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ianya juga memiliki slot microSD.
Galaxy A26 ini juga hadir dengan One UI 7 yang akan menerima 6 tahun kemaskini Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.
Seterusnya, Galaxy A26 ini hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.
Dalam pada itu, Galaxy A26 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W sahaja.
Akhir sekali, Samsung Galaxy A26 akan hadir didalam warna Black, Mint dan Peach Pink namun harga bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan.








